Rakan Alam Maya

January 31, 2009

Kata-Kata Hikmah

  • Salah satu perkara yang paling berharga yang patut dipelajari oleh setiap manusia ialah kemahiran menggunakan pengetahuan dan pengalaman orang lain.
  • Perwatakan anda adalah lebih penting berbanding dengan reputasi anda. Perwatakan anda adalah diri anda yang sebenar,sementara reputasi pula cuma apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap diri anda sendiri. (Oleh John Wooden)
  • Ilmu pengetahuan ialah perasaan bangga bahawa dia tahu banyak, kebijaksanaan ialah perasaan merendah diri bahawa ilmu pengetahuannya tidak cukup. (Oleh William Cooper)

Perjalanan Hidupku

Ini adalah diantara video persembahan dan gambar-gambar masa persandingan Dayah dan Ubai pada 25 Januari 2009. Gambar kurang memuaskan...harap maaf... Dayah selesai disolek oleh mak andam dari Redong. Saat menanti disandingkan..Senyum sokmo...
Persandingan Dayah dan Ubai. Masa nie hujan turun renyai-renyai. Rahmat dari Ilahi. Walau macam manapun mempelai selamat disandingkan.
Acara makan damai dan potong kek.
Ini abang Sarip Uban. Kami semua gelar Sarip Uban sebab ubannya dah penuh walaupun usianya masih lagi muda....
Inilah ibu kesayangan aku. Seorang ibu yang sangat penyayang dan sangat prihatin terhadap anak-anak dan cucu.
Tarian Zapin oleh anak-anak Taman Peumahan Awam.

Perjalanan hidupku

Sejak dua tiga hari ni aku kurang sihat, kena demam selsema.Tapi aku gagahkan juga badan nie untuk buat kerja-kerja rumah dan kerja-kerja yang tertangguh. Entahlah.. balik dari kampung ari tu rasa badan sakit-sakit. Umar anak aku yang kecik pun kena selsema juga. Mungkin terkena jangkitan daripada kakak yang kebetulannya tak berapa sihat agaknya.Walaubagaimanapun aku tetap gembira dapat balik kampung meraikan hari bersejarah buat anak saudaraku Norhidayah dan pasangannya Ubai di hari persandingan mereka. Walaupun dalam kegembiraan kesedihan dan hiba tetap terasa maklumlah, kehilangan orang yang tersayang almarhumah Zaleha (ibu pengantin perempuan). Almarhumah adalah satu-satunya kakak yang paling rapat dan sangat memahami pendirian aku. Semasa hayatnya aku selalu berbincang dan mengadu masalah dengannya. Beliau sangat baik kerana jasanya terlalu banyak terhadap diri aku, Sebab itu aku terasa sangat akan kehilanggannya. Semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya 'Al-Fatihah' Amin.

January 22, 2009

10 cara gula memudaratkan kesihatan

1. Gula boleh melemahkan sistem imun.
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan hiperaktiviti,gelisah dan kenakalan di kalangan kanak-kanak.
4. Menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan kanak-kanak.
5. Menjejaskan tahap pencapaian kanak-kanak di sekolah.
6. Meningkatkan paras trigliserid.
7. Melemahkan daya tahanah tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol densiti tinggi (HDLs) yang bermanfaat.
10. Menggalakkan pertambahan kolesterol berbahaya (LDLs).

January 21, 2009

GULA pemanis yg membunuh

Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan manusia. Ia tidak diperlukan dalam diet kita kerana tubuh menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila ia memerlukan tenaga. Gula cuma menambah kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan tersimpan sebagai lemak didalam tubuh. Ia tidak memberikan sebarang nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat itu digunakan untuk mematabolismenya. Lebih buruk lagi gula sebenarnya menyingkirkan zat makanan daripada tubuh. Itulah sebabnya ia digelar "kalori kosong" atau "makanan tanpa khasiat". Selain itu gula merupakan salah satu bahan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Ia telah dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit yang merosakkan banyak organ tubuh. Malahan ia telah dilabelkan sebagai satu-satunya bahan dari tamadun Barat yang paling memusnahkan.