Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
October 22, 2009
Mee Bandung Simple
Bahan2:
1 peket mee kuning
6-8 ekor udang basah
50 g udang kering (blend)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 biji keledek (saiz kecil) direbus dan lenyek @ suku cawan kacang tanah goreng (blend) @ 2 biji kentang (blend mentah)
5-6 biji telur
sawi
bawang goreng
hirisan cili merah
air rebusan daging
gula
garam
hirisan daging
limau kasturi
tauhu goreng - hiris nipis
Cara2:
1. Celur mee kuning
2. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau, kemudian masukkan air rebusan daging, keledek/kacang tanah/kentang, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jangan kacau. Biarkan telur masak separuh masak/ masak. Akhir sekali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan kuah diatas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan.
Label:
Aneka Mee
October 5, 2009
Melepas rindu.
Assalamualaikum pada kengkawan semua...rindu rasanya. lama dah haku tak mengupdate blog nie, bukannya apa haku bizi sket sejak kebelakangan nie....Rasanya masih belum terlambat lagi haku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat kengkawan dan pengunjung blog nie.Semoga masih ceria dengan suasana raya, maklumlah rayakan sebulan....Ehhh...kuih raya ada lagi ke?....kat umah haku tinggal habuk2 ajelah,, tapi kalo ada sesapa yg sudi nak datang tu silakan....silakan....Untuk kak CB, selamat hari raya ya kak.Tak dtg umah ke?.....mailah singgah....Raya tahun nie haku sambut biasa2 aje..maklumlah kemelesetan ekonomi...tapi still tak kering tangan jugalah dengan kunjungan sanak saudara yang tak putus2. Seronok rasanya dapat berjumpa, maklumlah kalo tak ada hari2 yang bersejarah begini mana nak jumpanya, mereka semua sibuk bekerja...Haku bersyukur sangat kehadrat ilahi sebab dapat jumpakan haku ngan sanak saudara nie...tak tahulah tahun depan ada ke lagi hari untuk haku.....
Dalam kita bergembira, tak lupa juga pada yang berduka......macam2 bencana diluar sana...perkara yang tak ingin kita lihat tetapi berlaku didepan mata...pilunya hati ini....kepada keluarga yang ditimpa bencana diharap dapat bersabar dan redha dengan pemberiannya....inilah satu dugaan yang kita semua harus tempuhi.....alfatihah buat yang telah pergi...semoga rohnya dicucuri rahmat...amin....
Label:
Mutiara Kata
August 13, 2009
Sumber: Kak Yati (tapi dah diolah ikut citarasa sendiri.)
KUIH BOM aka Onde-Onde
Bahan-bahan inti kelapa:
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut
Cara2:-
1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
3. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
Untuk Doh:
320g Kentang direbus & lenyek (kalau besar sebiji pun cukup)
360g Tepung Pulut
80g Tepung Gandum
150g Gula Kastor (saya guna 50g aje)
200ml Air
1 s/teh Garam
Cara2:-
1. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum, kentang, gula kastor dan garam
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh
3. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
4. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
5. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
6. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
7. Dan siap untuk dimakan
Label:
RESEPI (kuih-muih)
August 11, 2009
Salam, selamat petang semua pada kengkawan. Tengah buat apa......buat cekodok untuk minum petang ya..Cik Yah, Cik Jah, Cik Mah......Hee...heee....hee...Oleh kerana ari nie haku masak lambat jadi haku balun nasi goreng ajelah untuk alas perut...jom...meh kita tengok resepi nie. Oh yea resepi asal dari Mak Lang, mintak dihalalkan yea Mak Lang haku kopipes resepi nie....
NASI GORENG CINA
Bahan2:
3 mangkok besar nasi yang di sejukkan
1/2 tube daging cincang
2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
6 batang kacang panjang dihiris
1 batang lobak merah di potong dadu
3 biji lada merah dihiris
2 sdk serbuk lada putih
beberapa titik minyak bijan
2 biji telor
sedikit daun sup dan daun sadri dihiris
3 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan, udang kering dan ikan bilis
3 biji lada merah
Caranya:
1.Panaskan minyak.
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Goreng sehingga agak merah.
3.Masukkan bahan yang dikisar, dan goreng sehingga garing.
4.Masukkan daging kisar dan goreng lagi sehingga daging agak kering.
5.Masukkan nasi dan gaul rata.
6.Masukkan sayuran,lada hiris diikuti dengan garam dan gula dan lada putih dan daun limau
purut.
7.Pecahkan telur dan gaul dengan nasi. Biarkan ianya agak kering.( nasi tu dah nampak macam
terlompat2 kalau atas kuali...jangan terpelanting keluar kuali sudah!)
8.Sebelum diangkat, titikkan minyak bijan dan gaul.
9. Sedia untuk dihidang.
Label:
Nasi
August 10, 2009
Salam semua pada kengkawan, rasanya lama bebeno haku tak n3 kat sini, entahlah semenjak kebelakangan nie haku malas sesangat nak bukak komputer, susah kan kalo penyakit "M" dah melanda diri, Tapi haku mesti menangkan diri untuk buangkan jauh2 penyakit nie.....sebenarnya haku sibuk sejak kebelakangan nie ditambah lagi ngan penat & letih tu yg jadi malasssss skit.
Ari nie haku nak kongsikan resepi kuih utk hari raya yg tak berapa lama nak menjelang. Pada sesapa yang dah tau resepi nie tapi ingat2 lupa bolehlah salin, kalo nak salin....pada yg tak tau pun boleh gak nak salin...jom kita layanzzz.z...
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Label:
Biskut
Subscribe to:
Posts (Atom)