Rakan Alam Maya

Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

April 5, 2010

Spagetti Bolongnese

Selamat petang isnin semua. Biasanya kalo hari isnin nie hari yang paling malas sekali untuk memulakan kerja. Tak kiralah apa kerja sekalipun....Tapi petang nie tekak haku terasa nak makan spageti, suami dan anak2 pun memang suka makan masakan nie jadi haku pun tak lengah2 terus memulakan tugasan didapur dan hasilnya... tada............ini adalah hasil daripada haku menciluk resepi dari familiazam dimana resepi asal adalah dari dapur Kak Liza. Minta dihalalkan yea kak......tima kasih...


Bahan-bahannya: 
1 paket spagetti  
400 gm daging cincang halus [mince meat]
10 biji cendawan butang [potong 2]
1/2 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
1 biji tomato [potong dadu]
2 s/b cili mesin

1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/t lada hitam
5 s/b tomato sos
1/2 cawan air
minyak

garam
aregano 
 
daun sup [cincang halus] 


Cara membuatnya: 
Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi
.
Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
Taburkan aregano dan hirisan daun sup.



Sumber: resepi asal dari Kak Liza.

March 27, 2010

Makaroni Bakar Bersama Sayur-sayuran

Sumber: Mingguan Wanita -Desember2009
Assalamualaikum dan salam ceria. Mari kita cuba buat masakan berasaskan pasta.layanzzz.....


Bahan2:-
1.6 kg makaroni (direbus & ditos)
1kg sayuran campur (brokoli, bunga kubis, lobak merah, kacang hijau, kentang dan asparagus)
165 gm mentega
1/4 sdt serbuk buah pala
165 gm tepung gandum
125 ml susu suam
2 sdt garam
3/4 sdt lada putih
250 gm keju cheddar
1 sdm mentega ekstra
2 sdm daun parsli cincang.


Cara2:-
1.  Rebus semua sayur-sayuran tetapi jangan terlalu lembut.
2.  Panaskan mentega dalam api perlahan dan alihkan kuali.
3.  Dalam kuali yang sama, campurkan serbuk buah pala bersama tepung gandum dan susu. Kacau rata.
4.  Masak semula diatas api dan teruskan mengacau.
5.  Masukkan makaroni dan sayuran campur yang siap direbus.
6.  Masukkan kedalam loyang pembakar dan letakkan keju cheddar dan daun parsli diatasnya.
7.  Bakar pada suhu 207 darjah celsius selama 25 minit.