menghitung waktu |
Jam 5.45 pagi saya dah kejutkan Satina untuk makan ubat dan minum sedikit milo untuk alas perut. Lepastu saya suruh dia mandi dan solat subuh sementara saya juga bersiap2 nak bawa ke hospital. Hari ni appointment jam 8 pagi. Sampai hospital jam 8.10 lewat sikit. Terus jumpa dengan nurse untuk ambil borang dan dapatkan suntikan dan masukkan line di unit harian. Tunggu sekejap sehingga terima panggilan daripada bilik pengimejan. Lebih kurang setengah jam dapat panggilan dan Satina dibawa ke unit pengimejan untuk buat CT Scan.
Masa ni ibubapa tak dibenarkan masuk, jadi saya dan suami tunggu diluar. Satina mengalami alahan pada keadaan /cuaca sejuk. Muka dan tangannya timbul merah2. Dalam bilik tu sangat sejuk sehingga saya yang duduk diluar pintu pun terasa sejuknya (semasa pegawai menyanyakan beberapa soalan pada saya) Lama juga saya menunggu diluar lebih kurang setengah jam. Tak lama kemudian Satina keluar dengan muka dan tangannya merah2 dan tanpa memakai tudung. Saya cepat2 pakaikan Satina tudung dan bawa keluar untuk dapatkan cahaya matahari. Alahan Satina akan cepat sembuh bila kena panas. Kami terus pegi sekolah Satina untuk menyerahkan surat cuti dan memberitahu perkembangannya kepada guru kelas. Keputusan scan akan diberitahu kemudian...kata nurse dia akan menghubungi saya untuk beritahu keputusan scan itu nanti. Ternyata penantian satu penyeksaan buat saya.....dan hati ini berdebar2 lagi......
Ya ALLAH selamatkanlah anakku dari penyakit yang berbahaya itu, tetapi sekiranya itu yang telah engkau tetapkan buat anakku aku redho Ya Allah......
Tulisan ini bukanlah untuk menagih simpati daripada mana2 pihak tetapi
kepada yang membaca tulisan ini cukuplah sekadar dapat mendoakan Satina semoga cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini ini. Amin......
1 comment:
salam shida...terkedu dan terasa seperti saya yg berada di tempat shida...baru baca sahaja dah terasa beratnyer dugaan itu..harap shida banyak2 bersabar..dan sentiasa berdoa dan berharap yg satina tidak menghidap menyakit yg merbahaya itu.Saya juga mendoakan satina dijauhkan dari penyakit itu dan penyakit2 yg lain..semoga satina cepat sembuh..dan cergas seperti rakan2 yg sebaya dgnnya..Amin. Oh ya shida...satina umurnya berapa?
Post a Comment