Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
March 24, 2011
Nilai Setitik Madu
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi…. aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Aaaaa!!!!… Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.” kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah….
Tikus yg sedang mengigit tali..
Kalau semua nak tahu …si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu… madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..
renung2kan lah.
February 17, 2011
AL-FATIHAH
Salam buat rakan2 bloger. Dah lama saya tak mengemaskini rumah usang nie. Bukannya malas tapi oleh kerana hati sedang dirundum kesedihan itulah sampai berbulan tak masukkan n3. Ingat lagi tak n3 saya tentang mata juling, itulah petanda2 yang menyebabkan anak saya diserang penyakit Brain Tumor. Sebenarnya banyak lagi petanda2 yang dialami tetapi biarlah saya cita kemudian ya, sebab anak saya telah pun kembali kerahmatullah pada 5/2/2011 pada jam 6.30 ptg. Alfatihah buat allahyarhamah Kiasatina Qaidah semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman dan solleh. Amin......
November 2, 2010
Hari untuk Scan
![]() |
| menghitung waktu |
Jam 5.45 pagi saya dah kejutkan Satina untuk makan ubat dan minum sedikit milo untuk alas perut. Lepastu saya suruh dia mandi dan solat subuh sementara saya juga bersiap2 nak bawa ke hospital. Hari ni appointment jam 8 pagi. Sampai hospital jam 8.10 lewat sikit. Terus jumpa dengan nurse untuk ambil borang dan dapatkan suntikan dan masukkan line di unit harian. Tunggu sekejap sehingga terima panggilan daripada bilik pengimejan. Lebih kurang setengah jam dapat panggilan dan Satina dibawa ke unit pengimejan untuk buat CT Scan.
Masa ni ibubapa tak dibenarkan masuk, jadi saya dan suami tunggu diluar. Satina mengalami alahan pada keadaan /cuaca sejuk. Muka dan tangannya timbul merah2. Dalam bilik tu sangat sejuk sehingga saya yang duduk diluar pintu pun terasa sejuknya (semasa pegawai menyanyakan beberapa soalan pada saya) Lama juga saya menunggu diluar lebih kurang setengah jam. Tak lama kemudian Satina keluar dengan muka dan tangannya merah2 dan tanpa memakai tudung. Saya cepat2 pakaikan Satina tudung dan bawa keluar untuk dapatkan cahaya matahari. Alahan Satina akan cepat sembuh bila kena panas. Kami terus pegi sekolah Satina untuk menyerahkan surat cuti dan memberitahu perkembangannya kepada guru kelas. Keputusan scan akan diberitahu kemudian...kata nurse dia akan menghubungi saya untuk beritahu keputusan scan itu nanti. Ternyata penantian satu penyeksaan buat saya.....dan hati ini berdebar2 lagi......
Ya ALLAH selamatkanlah anakku dari penyakit yang berbahaya itu, tetapi sekiranya itu yang telah engkau tetapkan buat anakku aku redho Ya Allah......
Tulisan ini bukanlah untuk menagih simpati daripada mana2 pihak tetapi
kepada yang membaca tulisan ini cukuplah sekadar dapat mendoakan Satina semoga cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini ini. Amin......
Bagai nak gugur jantungku
1 Nov 2010, saya mambawa anak saya Satina ke HBP untuk mendapatkan rawatan pakar mata. Appointment jam 9 pagi, oleh kerana hari hujan saya pegi dengan bas saja, suami tak dapat nak antar kerana ada komitment kerja yang perlu dibereskan. Sampai ke hospital lewat sikit lebih kurang 9.20 pagi. Seperti biasa ambil nombor dan menunggu, tak lama kemudian nombor Satina dipanggil. Masuk bilik rawatan optometris. Kali ni ujian bacaan AOLHNEM.....ujian bacaan masih macam minggu lepas juga.....bila sampai huruf yg agak kesil saiznya dia tak nampak. Lepastu pegawai perubatan cek pergerakan mata, juga masih macam minggu sudah kurang memberikan reaksi.
Siap buat pemeriksaan saya tanya pegawai perubatan perlu ke anak saya pakai cermin mata? Pegawai tersebut jawab tak perlu sebab power dia rendah, lepas ni akak tunggu kat luar dan jumpa dengan doktor pakar.
Kami keluar dan menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar, adalah dalam 9 orang lagi untuk giliran Satina pula. Lama jugalah kami menunggu, sampai tengahari, perut pun dah berkeroncong nasib baiklah kami bawa bekalan kuih kek kukus yang masih berbaki tu.Tak lama kemudian kelihatan seorang doktor muda berbangsa cina keluar dari bilik pakar oftalmologi. Dalam hati berkata mungkin doktor inilah yang memeriksa anakku nanti. Tepat sekali jangkaan saya, Lepas saja kembali dari lunch tiba giliran untuk Satina diperiksa.
Mula2 doktor periksa mata, pergerakan bola mata, dan doktor menyuruh Satina memejamkan mata dan didapati mata sebelah kanan tak boleh tertutup dengan rapat sedangkan yang sebelah kiri boleh tutup rapat. Doktor kata otot dia sangat lemah. Doktor juga memeriksa bahagian mulut kerana didapati mulut Satina ada sedikit herot/berot(senget) disuruhnya jelir lidah, kembongkan mulut dan doktor tekan kat pipi sebelah kanan tetapi Satina tak boleh bertahan macam loose gitu.
Lepastu diuji lagi dengan pergerakan tangan. Kali ni doktor suruh tepuk ulang2 depan belakang depan belakang telapak tangan laju2 tapi Satina tak dapat buat dengan sempurna. Kalau tengok dia buat macam susah sangat. Masa ni doktor suruh saya buat, saya buat dengan mudah. Kasihan Satina sebab otot dan saraf dia tak dapat berfungsi dengan baik.
Lepas tu Satina menjalani ujian berjalan dengan hujung kaki depan bertemu dengan tumit seara perlahan-lahan ulang alik dari tempat doktor berdiri hingga kearah dinding. Semasa melalui ujian ini Satina asik nak jatuh, kelihatannya dia tak dapat menyeimbangkan badan dan melakukan ujian ini dengan sempurna. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan doktor, didapati Satina menghadapi masalah otot dan saraf yang menggangu otaknya untuk membaca arahan dan berfungsi dengan baik. Doktor kata ada satu benda yang menekan otak Satina. Doktor kata Satina mungkin menghidap barah atau jangkitan kuman. Oleh kerana Satina jarang demam dan jarang sakit tak mungkin dia kena jangkitan kuman tetapi mungkin menghidap barah. itulah kata2 doktor. Bagaikan nak gugur jantungku mendengar kata2 doktor sebentar tadi. Semua orang memang sedia maklum tentang penyakit barah yang boleh membawa maut.Ya Allah, saya terkedu seketika mendengar kenyataan doktor itu.
Untuk menenangkan keadaan saya, doktor kata kita kena buat scan dikepala Satina, tujuannya untuk melihat adakah ketulan atau tidak dibahagian otak Satina. Saya bersetuju dan menandatangani satu borang persetujuan.....esok 2 nov 2010 Satina akan discan.....

Subscribe to:
Posts (Atom)