Bulan2 pose nih rasanya kuranglah sket masuk n3 pasal makanan, nak kata tak masak, masak juga tapi nak snap gambar tu yg malas tuh....apa pun saya nak kongsikan rasepi masakan yang saya buat untuk berbuka dan untuk moreh.....resepi asal boleh lihat kat sini.....dan kat sini juga. Terima kasih pada CMG dan Yatie atas resepinya dan minta dihalalkan yea....
DONAT SURIA (untuk moreh )
Bahan-Bahannya :-
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur
1/2 camca teh garam
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikit lagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 - 45 minit hingga naik.
- Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...oleh kerana saya buat dgn acuan agak kecil menghasilkan kurang lebih 25 biji donat.
gambar ihsan |
KUIH LAPIS SERIWARNA (untuk berbuka)
Bahan-bahan:-
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah,kuning dan coklat
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
- Masukkan 1 cawan adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 cawan adunan coklat dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna kuning dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna coklat.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
No comments:
Post a Comment