Rakan Alam Maya

March 29, 2010

Bukan Sekadar Renungan

sumber: copy paste dari blog jutawansenyap.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil menguki senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang
ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang
tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -
numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak
yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan
di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email
ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula
pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...

March 28, 2010

Jejari Ayam

Sumber mingguan wanita 

Bahan2:-
Kepingan ayam tanpa tulang (dihiris panjang)
1 biji telur
Sedikit kicap cair
Sedikit sos tiram
Sedikit tepung jagung
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk roti
garam secukup rasa.


Cara2:-
1.  Lumurkan kepingan ayam yang telah dihiris tadi dengan sos tiram.
2.  Tuang kicap cair dan gaul sebati.
3.  Masukkan garam.
4.  Masukkan lada sulah dan gaul lagi sehingga rata.
5.  Kemudian campurkan tepung jagung bersama serbuk roti dan gaul sebati.
6.  Masukkan kepingan ayam dalam putih telur.
7.  Kemudian masukkan kepingan ayam tadi kedalam adunan serbuk roti.


Tips:-
Boleh terus digoreng dan dimakan bersama nasi mahupun sebagai minuman petang, atau boleh disimpan dalam peti sejuk beku.
Untuk membuat jejari ayam dengan tambahan perasa, bolehlah menambah serbuk lada, serbuk kari dan sebagainya.

March 27, 2010

Makaroni Bakar Bersama Sayur-sayuran

Sumber: Mingguan Wanita -Desember2009
Assalamualaikum dan salam ceria. Mari kita cuba buat masakan berasaskan pasta.layanzzz.....


Bahan2:-
1.6 kg makaroni (direbus & ditos)
1kg sayuran campur (brokoli, bunga kubis, lobak merah, kacang hijau, kentang dan asparagus)
165 gm mentega
1/4 sdt serbuk buah pala
165 gm tepung gandum
125 ml susu suam
2 sdt garam
3/4 sdt lada putih
250 gm keju cheddar
1 sdm mentega ekstra
2 sdm daun parsli cincang.


Cara2:-
1.  Rebus semua sayur-sayuran tetapi jangan terlalu lembut.
2.  Panaskan mentega dalam api perlahan dan alihkan kuali.
3.  Dalam kuali yang sama, campurkan serbuk buah pala bersama tepung gandum dan susu. Kacau rata.
4.  Masak semula diatas api dan teruskan mengacau.
5.  Masukkan makaroni dan sayuran campur yang siap direbus.
6.  Masukkan kedalam loyang pembakar dan letakkan keju cheddar dan daun parsli diatasnya.
7.  Bakar pada suhu 207 darjah celsius selama 25 minit.

March 17, 2010

Urap Sayuran

resepi asal oleh mbak asri dan telah diolah semula bagi pemahaman saya..

Bahan Sayur:-
Taugeh - dicelur
Kacang panjang / kacang buncis potong 3cm - dicelur
bunga betik - dicelur
daun betik - dicelur dan hiris kasar
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun salam - hiris kasar.
2 cm lengkuas cincang halus
3 sdm air


Bahan rencah:-
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4/5 biji kencur (lebih pun tak apa)
1 sdt asam jawa
1 1/2 sdt gula merah
garam dan perasa secukup rasa.
minyak utk menumis.


Cara membuat:-
Tumis bahan perencah bersama daun salam dan lengkuas hingga harum. Tambahkan kelapa parut dan gaul rata. Tuangkan air dan gaul lagi sampai rencah dan kelapa menyerap (gaul sebati). Masukkan kesemua sayuran didalam bekas yang berasingan dan tuangkan bahan perencah tadi dan gaul sebati. Sajikan didalam piring dan taburkan perencah kelapa di atasnya.


Nota: Boleh juga guna sayur kangkung, bayam, daun kencur, daun mengkudu, pegaga dll.


Resepi ini bukan sahaja sedap malah berkhasiat dan tambah awet muda....bagi ibu yang menyusu akan menambahkan lagi air susu...

Kuah Lemak Batang Keladi

Bahan2:-
Santan dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
10 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
5 batang keladi berserta isi - direndam bersama garam utk hilang gatal.- direbus.
garam & perasa secukup rasa.

Cara2:-
1. Cili Padi, halia, bawang merah, dan bawang putih ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan no.1 kedalam periuk bersama santan.
3. Masukkan juga serai yang dititik.
4. Selepas itu masukkan gggaram, perasa dan asam keping.
5. Masukkan juga keladi yang telah direbus tadi. Kacau hingga rata.
6. Biarkan kuah mendidih, setelah masak angkat dan hidang.

March 7, 2010

Ungkep Ubi Kayu

Teringin rasanya nak makan ungkep ubi kayu. kebetulan kat dapur tu ada sedikit lagi baki ubi kayu yang ibu mertuaku bawa dari kg (rumah anak angkatnya). Rindu rasanya nak makan masakan emak, nak suruh ibuku masak tapi jauh. Haku pun ingat2 lupa resepi emakku itu, Namun oleh kerna tekak nie nak sangat makan haku pun bantai ajelah resepi nie....

Bahan2:-
 2 batang ubi kayu sederhana besar (potong kesil)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
1 sudu jintan kasar.
sedikit minyak untuk menumis.
air secukupnya.
garam, gula & perasa secukup rasa.

Cara:-
1. Kupas ubi kayu dan potong 11/2" x 3" dan cuci bersih.
2. Blender semua bahan di atas.
3. Panaskan minyak dan tumis, bila dah naik bau masukkan ubi kayu dan air secukupnya.
4. Biarkan mendidih sehingga ubi empuk dan masak. Kacau sekali sekala. Bila air sudah kering dan ubi dah masak bolehlah dihidangkan.

Boleh dimakan waktu serapan pagi atau minum petang.....
kalau nak pedas lebihkan lada.