Rakan Alam Maya

April 1, 2009

TOMYAM CAMPUR

Bahan A 500 gm ayam [potong kecil] 1 batang carrot [potong pendek] 1 biji bawang besar (dihiris) 2 batang serai (diketuk) 8 biji cili padi (diketuk) 2 cm lengkuas (diketuk) 1 ulas bawang putih (diketuk) 1 sudu besar pes tomyam 1 batang celery (potong kecil) 3 helai daun limau purut (koyakkan) Air & garam secukupnya Bahan B 100 gm bunga kobis 2 biji tomato (dibelah 4) 2 biji limau nipis (ambil jus) 1 pokok daun ketumbar (cincang) Cara membuat 1. Masukkan semua bahan A dan renehkan sampai lembut 2. Masukkan bunga kobis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api. 3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan. (hanya masukkan dalam rebusan ayam dan renehkan sehingga mendideh...alternatif lain) PES TOMYAM Bahan-bahan 3 s/b cili kering kisar 1 s/b udang kering dikisar 1 s/b belacan 1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air 5 ulas bawang putih dikisar 10 ulas bawang merah dikisar 1 s/b gula garam 2 s/b jus limau nipis Minyak untuk menggoreng Cara membuat 1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis. 2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan. 4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula. 5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing. Nota Tambahan :-Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.Boleh digunakan untuk masakan asam pedas, ikan bakar dan nasi goreng.

Nasi Ayam Resepi III

Resepi ni saya copypaste dari dapur Noreen, untuk dikongsikan bersama mintak dihalalkan la yea. Bahan-bahan: Bahan2 untuk nasi: 1kg beras - cuci dan toskan 1/2 cawan halia yang telah dikisar 1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar 3 helai daun pandan - disimpul 1/2 sudu makan garam serbuk perasa air paras sukatan beras minyak untuk menumis cara: 1. panaskan minyak dalam periuk nasi 2. kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. tumis sehingga naik bau 3. masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaulkan rata4. masukkan beras dan gaulkan sebati 5. kemudian tutup periuk nasi dan biarkan nasi sehingga masak Bahan2 untuk kuah cili: 15 biji cili hidup 5 ulas bawang putih 1 ibu jari halia 15 biji limau kasturi - ambil jus (boleh juga guna limau nipis) 3/4 cawan air masak 1 sudu teh garam 1/2 cawan gula cara: 1. kisar bawang putih, halia dan cili hidup bersama2 dengan jus limau, garam dan gula 2. kemudian masukkan air masak, kisar lagi 3. tambahkan garam dan gula jika kurang 4. hidangkan bersama2 dengan nasi ayam dan kuah sup Bahan2 untuk ayam goreng madu: 1 ekor ayam 3 sudu besar madu 4 sudu besar sos tiram 3 sudu besar kicap 1 sudu besar minyak bijan air untuk merebus secukupnya minyak untuk menumis Bahan2 kisar: 1 ibu jari halia 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih cara: 1. bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor 2. panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau 3. kemudian masukkan air dan biarkan ia mendidih 4. masukkan ayam dan rebus sehingga ayam masak (kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucukkan pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya) 5. campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan di dalam mangkuk besar 6. sapukan rata pada ayam dan perap selama 1-2 jam 7. gorengkan ayam dengan minyak yang banyak dan terendam. biarkan kulit ayam garing dan jangan goreng terlalu lama cukup sekadar untuk garingkan kulitnya 8. angkat dan toskan minyaknya Bahan2 untk ayam goreng ketumbar: 1 ekor ayam - dipotong kecil 2 sudu makan pes halia 2 sudu makan pes bawang putih 2 sudu makan serbuk ketumbar 1/2 sudu makan serbuk jintan halus kunyit serbuk secukupnya garam secukup rasa cara: 1. gaul kesemua bahan dan goreng ayam sehingga garing 2. jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing seperti KFC, selepas gaul rata bahan2 di atas boleh ditaburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing Bahan2 untuk ayam rebus style hainan: 1 ekor ayam sedikit garam air secukupnya untuk merebus cara: 1. bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong, biarkan ianya seekor 2. kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika 3. masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga mendidih 4. masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus untuk selama 40 min 5. cucuk peha ayam untuk tahu ayam sudah masak ke belum 6. ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap. pandai agak2 7. jika tidak berdarah lagi bolehlah diangkat ayam dan gantung untuk toskan airnya 8. biarkan ayam betul2 sejuk baru dipotong supaya dagingnya tidak hancur 9. potong ayam macam yang jual dikedai. tuangkan sedikit kicap cair an minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama2 dengan nasi ayam Cara untuk membuat kuah sup: 1. gunakan air rebusan ayam untuk ayam goreng madu ataupun ayam rebus style 2. tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya 3. taburkan daun sup dan bawang goreng

KACANG BOTAK

Resepi ni saya copypaste dari "myhome cooking" minta dihalalkan yea...tima kasih. Bahan-bahan: 1kg kacang tanah - tidak perlu dicuci atau dibuang kulit 3 biji telur putih 3/4 cawan (170gm) gula pasir 1 camb garam 3 camb serbuk jintan manis 3 camb serbuk jintan putih 6-7 camb serbuk cili - nie bergantung pada kepedasan masing2 300-320gm tepung gandum 4-5 pelepah daun kariminyak untuk menggoreng cara: 1. ratakan kacang ke dalam dulang dan jemur selama 8-10 jam supaya ianya dapat meranggupkan lagi kacang NOTE: pada yang tinggal dinegara 4 musim yang jarang dapat cahaya matahari seperti di UK bolehlah di masukkan ke dalam oven dan letakkan di tray yang paling bawah sekali. kemudian bakar pada suhu 150C selama 30-40 min 2. sementara itu pukul putih telur sekejap dengan menggunakan whisker 3. kemudian masukkan gula, garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili kacau sehingga semua bahan sebati 4. masukkan pula kacang dan kacau rata (seperti di dalam gambar) bubuhkan tepung gandum dan gaulkan sehingga kesemua kacang bersalut dengan tepung 5. panaskan kuali dengan minyak yang banyak masukkan 2-3 senduk kacang (bergantung pada size kuali yang digunakan) dan beberapa helai daun kari 6. goreng dengan api yang sederhana panas 7. kacau sekali sekala supaya kacang tidak hangus, goreng sehingga kacang mulai berbunyi atau meletup atau bertukar keperangan ,bolehlah diangkat dan ditoskan diatas kitchen towel sebelum diubahkan ke dalam bekas kedap udara 8. apabila sudah sejuk barulah boleh ditutup bekas kedap udara
Resepi nie pun saya kopi dari dapur Mat Gebu. Pendek kata banyaklah resepi yg saya kopi darinya. Jangan marah ya Che Mat.....terima kasih....dan mintak dihalalkan yea.... JELLY BANDUNG CINCAU Bahan-bahannya :-) 1 paket serbuk jelly "konnyaku" 200 g gula pasir 800 ml air 250 ml susu cair 3 helai daun pandan 3/4 camca teh pati sirap rose (guna cap double-lion) 1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2 Cara membuatnya :-) 1. Satukan air, susu cair, gula, daun pandan dan serbuk jelly dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Keluarkan daun pandan. 2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan dalam peti sejuk sehingga jelly betul2 beku. Hidangkan sebagai pencuci mulut.... DADIH STRAWBERRY Bahan-bahannya :-) 6 cawan air (1 cawan = 250 ml) 200 g gula pasir 3 g serbuk jelly, boleh lihat contoh disini... 100 g susu cair 100 g coffemate 3/4 - 1 camca teh strawberry emulco Cara2 membuatnya :-) 1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali strawberry emulco, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga sebati. 2. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih. Matikan api dan tapis bancuhan ke dalam jug air. Tambah strawberry emulco dan kacau rata. 3. Tuang dalam bekas2 kecil atau bekas yang sesuai. Biar sejuk sedikit dan simpan dalam peti ais hingga dadih membeku. Boleh hidangkan dengan hirisan strawberry di atasnya. Perisa bergantung pada kehendak masing2, jika menggunakan perisa, kenalah letak sedikit pewarna makanan...Selamat mencuba... SAVOURY SOYA PUDING Ini resipi mudah dan berkhasiat. Budak2 boleh makan, orang tua yang tak de gigi pun boleh makan gak, sebab lembut dan lesap je bila disuap ke dalam mulut masing2.... Bahan-bahannya :-) 500 ml air soya* 3 biji telur* 1/2 camca teh serbuk lada sulah/lada hitam* 1/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga sebati) 1 ulas bawang putih, cincang halus 1 camca besar sos tiram 1/2 camca teh minyak bijan 1/2 camca teh kicap cair 2 camca besar air Hirisan daun sup/bawang# Hirisan cili merah#(#untuk hiasan) Cara2 membuatnya :-) 1. Panaskan kukusan, lenser bekas acuan kecil2 dengan sedikit mentega. Tuang bahan2 yang dibancuh (*) 3/4 penuh dalam bekas2 tadi dan kukus atas api sederhana 20 - 25 minit. 2. Sementara itu, panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiran, kicap cair dan air. Kacau rata dan masak atas api kecil hingga pekat. Matikan api. 3. Keluarkan pudding dari kukusan, sudukan sedikit bahan no 2 ke dalam setiap bekas pudding dan hias dengan hirisan daun sup dan cili. Hidangkan semasa masih suam...... PUDING SUSU KOKTEL Kerana terpesona dengan pudding susu koktel kat dapur "Mat Gebu" saya pun cuba lah buat. (resipi dibawah, saya kopipaste dari Mat Gebu yabg mana resepi asal dari kak ummi ....mintak halal yea mat!!)....Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais...mmmmmm!!!!! Bahan-bahannya :-) 1 paket serbuk agar-agar (11 gm) 2 biji telor 4 cawan air 1/2 tin susu cair1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak) 1 cawan gula pasir 2 - 3 sudu besar tepung kastad 1 tin fruit cocktail (saya guna sumi aje) Cara-cara membuatnya:- 1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. 2. Sementara itu, pukul telor, esen vanilla dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. 3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. 4. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Puding Karamel

Resipi ni saya ambil dari blog "Mat Gebu" jangan marah ya Che Mat, saya mengopi resepinya. Nampak terliur tengok resepi dalam dapur Che Mat tu. Mables gitu, Terima kasih yea... BAHAN-BAHANNYA :-) 8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya) 600 ml air 300 ml susu cair 120 g gula halus 1 camca besar tepung kastard 1 camca teh esen vanilla 1 cawan gula pasir (guna 3/4 cawan utk kurangkan manis)* 3 camca besar air*(*untuk karamel) CARA MEMBUATNYA :-) 1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2. 2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. 3. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. 4. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...