Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
April 1, 2009
Resepi nie pun saya kopi dari dapur Mat Gebu. Pendek kata banyaklah resepi yg saya kopi darinya. Jangan marah ya Che Mat.....terima kasih....dan mintak dihalalkan yea....
JELLY BANDUNG CINCAU
Bahan-bahannya :-)
1 paket serbuk jelly "konnyaku"
200 g gula pasir
800 ml air
250 ml susu cair
3 helai daun pandan
3/4 camca teh pati sirap rose (guna cap double-lion)
1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2
Cara membuatnya :-)
1. Satukan air, susu cair, gula, daun pandan dan serbuk jelly dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan dalam peti sejuk sehingga jelly betul2 beku. Hidangkan sebagai pencuci mulut....
DADIH STRAWBERRY
Bahan-bahannya :-)
6 cawan air (1 cawan = 250 ml)
200 g gula pasir
3 g serbuk jelly, boleh lihat contoh disini...
100 g susu cair
100 g coffemate
3/4 - 1 camca teh strawberry emulco
Cara2 membuatnya :-)
1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali strawberry emulco, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga sebati.
2. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
Matikan api dan tapis bancuhan ke dalam jug air. Tambah strawberry emulco dan kacau rata.
3. Tuang dalam bekas2 kecil atau bekas yang sesuai. Biar sejuk sedikit dan simpan dalam peti ais hingga dadih membeku.
Boleh hidangkan dengan hirisan strawberry di atasnya. Perisa bergantung pada kehendak masing2, jika menggunakan perisa, kenalah letak sedikit pewarna makanan...Selamat mencuba...
SAVOURY SOYA PUDING
Ini resipi mudah dan berkhasiat. Budak2 boleh makan, orang tua yang tak de gigi pun boleh makan gak, sebab lembut dan lesap je bila disuap ke dalam mulut masing2....
Bahan-bahannya :-)
500 ml air soya*
3 biji telur*
1/2 camca teh serbuk lada sulah/lada hitam*
1/4 camca teh garam*(*disatukan dan kacau dengan whisk hingga sebati)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh kicap cair
2 camca besar air
Hirisan daun sup/bawang#
Hirisan cili merah#(#untuk hiasan)
Cara2 membuatnya :-)
1. Panaskan kukusan, lenser bekas acuan kecil2 dengan sedikit mentega. Tuang bahan2 yang dibancuh (*) 3/4 penuh dalam bekas2 tadi dan kukus atas api sederhana 20 - 25 minit.
2. Sementara itu, panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiran, kicap cair dan air. Kacau rata dan masak atas api kecil hingga pekat. Matikan api.
3. Keluarkan pudding dari kukusan, sudukan sedikit bahan no 2 ke dalam setiap bekas pudding dan hias dengan hirisan daun sup dan cili. Hidangkan semasa masih suam......
PUDING SUSU KOKTEL
Kerana terpesona dengan pudding susu koktel kat dapur "Mat Gebu" saya pun cuba lah buat. (resipi dibawah, saya kopipaste dari Mat Gebu yabg mana resepi asal dari kak ummi ....mintak halal yea mat!!)....Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam peti ais...mmmmmm!!!!!
Bahan-bahannya :-)
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail (saya guna sumi aje)
Cara-cara membuatnya:-
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Sementara itu, pukul telor, esen vanilla dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar.
4. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
Label:
Pencuci Mulut