Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
April 1, 2009
KACANG BOTAK
Resepi ni saya copypaste dari "myhome cooking" minta dihalalkan yea...tima kasih.
Bahan-bahan:
1kg kacang tanah - tidak perlu dicuci atau dibuang kulit
3 biji telur putih
3/4 cawan (170gm) gula pasir
1 camb garam
3 camb serbuk jintan manis
3 camb serbuk jintan putih
6-7 camb serbuk cili - nie bergantung pada kepedasan masing2
300-320gm tepung gandum
4-5 pelepah daun kariminyak untuk menggoreng
cara:
1. ratakan kacang ke dalam dulang dan jemur selama 8-10 jam supaya ianya dapat meranggupkan lagi kacang
NOTE: pada yang tinggal dinegara 4 musim yang jarang dapat cahaya matahari seperti di UK bolehlah di masukkan ke dalam oven dan letakkan di tray yang paling bawah sekali. kemudian bakar pada suhu 150C selama 30-40 min
2. sementara itu pukul putih telur sekejap dengan menggunakan whisker
3. kemudian masukkan gula, garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili
kacau sehingga semua bahan sebati
4. masukkan pula kacang dan kacau rata (seperti di dalam gambar)
bubuhkan tepung gandum dan gaulkan sehingga kesemua kacang bersalut dengan tepung
5. panaskan kuali dengan minyak yang banyak
masukkan 2-3 senduk kacang (bergantung pada size kuali yang digunakan) dan beberapa helai daun kari
6. goreng dengan api yang sederhana panas
7. kacau sekali sekala supaya kacang tidak hangus, goreng sehingga kacang mulai berbunyi atau meletup atau bertukar keperangan ,bolehlah diangkat dan ditoskan diatas kitchen towel sebelum diubahkan ke dalam bekas kedap udara
8. apabila sudah sejuk barulah boleh ditutup bekas kedap udara
Label:
Kudapan