Rakan Alam Maya

June 20, 2010

Hasil Seni Anak2ku


Ini adalah lukisan pertama Kiasatina Qaidah. Satina berusia 8 tahun bersekolah di Sek Ren Islam Sri Sg. Kajang, Batu Pahat. Dia suka bermain dengan warna dan berimaginasi.

Ini pulak lukisan Abdurrahman Harith, berumur 4 tahun. Dia juga suka bermain dengan warna dan serangga.Katanya disebelah rumah tu pokok rambutan, dan dihadapannya adalah semut.....
Inilah hasil seni anak2ku.

Tempe goreng sira

Bahan2:-
500gm tempe
1/2 cawan ikan bilis, dibelah dua dan goreng garing
5 ulas bawang putih - potong nipis dan goreng garing
1 biji bawang besar - hiris nipis
15 biji cili kering - blend
2 ulas bawang putih - blend bersama lada
1/2 camca teh garam
3-4 camca teh gula pasir
1 camca besar sos cili / sos thai
1 camca besar cuka makan / jus lemon

Cara2:-
1. Tempe dipotong kepada 3 atau 4 bahagian kemudian dihiris nipis-nipis. (Kalau guna tempe bungkus daun belah dua dan hiris nipis-nipis)
2. Gunakan api sederhana, goreng tempe hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan, dan akhir sekali goreng bawang besar hiris dan bawang putih hiris hingga sedikit garing, angkat dan toskan juga.
3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan cuka, garam dan gula kacau hingga pekat dan berbuih. Masukkan tempe, ikan bilis dan bawang tadi.
 Gaul rata dan masak sekejap dengan api kecil. Sejukkan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.

Ini adalah resepi hasil dari haku skodeng kat dapur CMG, tapi haku dah ubah sket ikut cara haku lah yea.....jangan marah CMG minta dihalalkan recepi nie....

June 8, 2010

MARI MENGAJI



Salam tengahari semua.  dah makan tengahari kebelum.....kalo belum lagi makan dulu nanti perut masuk angin...heee..heee..hee....Dah masuk solat zohor ni, baik solat dulu sebab kalo dah ngadap PC boleh jadi lalai dan lewat nanti. N3 hari ini saya nak kongsikan kecanggihan teknologi masakini.. Tentu kengkawan semua pernah mendengar Quran digitalkan. Dengan adanya Quran digital nie kita boleh membacanya dimana2 sahaja (tempat yang sesuailah) dan sambil membuat kerja atau bersantai pun kita boleh mendengar dan membaca sambil menghafal ayat2 quran tu.
Mari kita lihat pautan ini....


       
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html


Sebelum memulakan kerja saya selalu masuk kepautan ini dulu untuk membaca Quran untuk mendapatkan keberkatan. Bak kata  pepatah sehari selembar benang lama2 menjadi kain begitulah yang saya lakukan sehari baca selembar lama2 khatam. Quran ini sangat canggih dan begitu mudah, tak perlu lagi nak bawa kitab Al-Quran ketempat kerja, ialah kadang2 jika tersalah letak dikhuatiri terduduk atau terlangkah atau segala ter......
Terima kasih kepada Kak Chik kerana memaparkan N3 Quran cangih nie....dan saya pun nak ambil peluang nak berkongsikan ilmu yang saya perolehi semoga kita semua mendapat kebaikan dan keberkatan darinya....Aminnn... 





June 7, 2010

Manusia sentiasa diuji, hari ini hari dia, esok mungkin hari kita.

Salam ceria dan petang isnin semua. Lama juga saya bercuti dari berbloger nie, bukannya apa saya agak sibuk untuk siapakan kerja2 memasukkan data untuk kedai online saya dan sekarang nie sedang sibuk menyiapkan kerja2 keras tangan huuu...huuuu....huuu.....
Baru2 nie saya ada menerima email dari seorang rakan dan rasa sangat terharu mendengar cerita tentang adik Hana nie. Saya rasa begitu simpati dengan penderitaan adik Hana dan rasa terpanggil untuk memasukkan n3 ini. Mari kita baca luahan hati seorang ibu dan sama2 berdoa untuk adik Hana. Kalo ada sesiapa yang dah mendengar, atau terbaca kisah dibawah ini sampai2kan pada kengkawan dengan niat untuk membantu meringankan penderitaan adik Hana ini, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dan maha berkuasa, kita sekadar berusaha.... 


 Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. 
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.   Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. 
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukansembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah 
Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya 
rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat 
Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.