Rakan Alam Maya

November 2, 2010

Bagai nak gugur jantungku

1 Nov 2010, saya mambawa anak saya Satina ke HBP untuk mendapatkan rawatan pakar mata. Appointment jam 9 pagi, oleh kerana hari hujan saya pegi dengan bas saja, suami tak dapat nak antar kerana ada komitment kerja yang perlu dibereskan. Sampai ke hospital lewat sikit lebih kurang 9.20 pagi. Seperti biasa ambil nombor dan menunggu, tak lama kemudian nombor Satina dipanggil. Masuk bilik rawatan optometris. Kali ni ujian bacaan AOLHNEM.....ujian bacaan masih macam minggu lepas juga.....bila sampai huruf yg agak kesil saiznya dia tak nampak. Lepastu pegawai perubatan cek pergerakan mata, juga masih macam minggu sudah kurang memberikan reaksi.
Siap buat pemeriksaan saya tanya pegawai perubatan perlu ke anak saya pakai cermin mata? Pegawai tersebut jawab tak perlu sebab power dia rendah, lepas ni akak tunggu kat luar dan jumpa dengan doktor pakar.
Kami keluar dan menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar, adalah dalam 9 orang lagi untuk giliran Satina pula. Lama jugalah kami menunggu, sampai tengahari, perut pun dah berkeroncong nasib baiklah kami bawa bekalan kuih kek kukus yang masih berbaki tu.Tak lama kemudian kelihatan seorang doktor muda berbangsa cina keluar dari bilik pakar oftalmologi. Dalam hati berkata mungkin doktor inilah yang memeriksa anakku nanti. Tepat sekali jangkaan saya, Lepas saja kembali dari lunch tiba giliran untuk Satina diperiksa.
Mula2 doktor periksa mata, pergerakan bola mata, dan doktor menyuruh Satina memejamkan mata dan didapati mata sebelah kanan tak boleh tertutup dengan rapat sedangkan yang sebelah kiri boleh tutup rapat. Doktor kata otot dia sangat lemah. Doktor juga memeriksa bahagian mulut kerana didapati mulut Satina ada sedikit herot/berot(senget) disuruhnya jelir lidah, kembongkan mulut dan doktor tekan kat pipi sebelah kanan tetapi Satina tak boleh bertahan macam loose gitu.
Lepastu diuji lagi dengan pergerakan tangan. Kali ni doktor suruh tepuk ulang2 depan belakang depan belakang telapak tangan laju2 tapi Satina tak dapat buat dengan sempurna. Kalau tengok dia buat macam susah sangat. Masa ni doktor suruh saya buat, saya buat dengan mudah. Kasihan Satina sebab otot dan saraf dia tak dapat berfungsi dengan baik.
Lepas tu Satina menjalani ujian berjalan dengan hujung kaki depan bertemu dengan tumit seara perlahan-lahan ulang alik dari tempat doktor berdiri hingga kearah dinding. Semasa melalui ujian ini Satina asik nak jatuh, kelihatannya dia tak dapat menyeimbangkan badan dan melakukan ujian ini dengan sempurna. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan doktor, didapati Satina menghadapi masalah otot dan saraf yang menggangu otaknya untuk membaca arahan dan berfungsi dengan baik. Doktor kata ada satu benda yang menekan otak Satina. Doktor kata Satina mungkin menghidap barah atau jangkitan kuman. Oleh kerana Satina jarang demam dan jarang sakit tak mungkin dia kena jangkitan kuman tetapi mungkin  menghidap barah. itulah kata2 doktor. Bagaikan nak gugur jantungku mendengar kata2 doktor sebentar tadi. Semua orang memang sedia maklum tentang penyakit barah yang boleh membawa maut.Ya Allah, saya terkedu seketika mendengar kenyataan doktor itu. 
Untuk menenangkan keadaan saya, doktor kata kita kena buat scan dikepala Satina, tujuannya untuk melihat adakah ketulan atau tidak dibahagian otak Satina. Saya bersetuju dan menandatangani satu borang persetujuan.....esok 2 nov 2010 Satina akan discan.....

No comments: