Rakan Alam Maya

November 2, 2010

Hari untuk Scan

menghitung waktu
Jam 9 mlm Satina dah masuk tidur. Katanya dia nak tidur dulu sebab nanti jam 12 tgh mlm dia nak bangun makan dan makan ubat. Sebenarnya Satina kena puasa hari ni sehinggalah lepas scan baru Satina boleh makan.
Jam 5.45 pagi saya dah kejutkan Satina untuk makan ubat dan minum sedikit milo untuk alas perut. Lepastu saya suruh dia mandi dan solat subuh sementara saya juga bersiap2 nak bawa ke hospital. Hari ni appointment jam 8 pagi. Sampai hospital jam 8.10 lewat sikit. Terus jumpa dengan nurse untuk ambil borang dan dapatkan suntikan dan masukkan line di unit harian. Tunggu sekejap sehingga terima panggilan daripada bilik pengimejan. Lebih kurang setengah jam dapat panggilan dan Satina dibawa ke unit pengimejan untuk buat CT Scan.
Masa ni ibubapa tak dibenarkan masuk, jadi saya dan suami tunggu diluar. Satina mengalami alahan pada keadaan /cuaca sejuk. Muka dan tangannya timbul merah2. Dalam bilik tu sangat sejuk sehingga saya yang duduk diluar pintu pun terasa sejuknya (semasa pegawai menyanyakan beberapa soalan pada saya) Lama juga saya menunggu diluar lebih kurang setengah jam. Tak lama kemudian Satina keluar dengan muka dan tangannya merah2 dan tanpa memakai tudung. Saya cepat2 pakaikan Satina tudung dan bawa keluar untuk dapatkan cahaya matahari. Alahan Satina akan cepat sembuh bila kena panas. Kami terus pegi sekolah Satina untuk menyerahkan surat cuti dan memberitahu perkembangannya kepada guru kelas. Keputusan scan akan diberitahu kemudian...kata nurse dia akan menghubungi saya untuk beritahu keputusan scan itu nanti. Ternyata penantian satu penyeksaan buat saya.....dan hati ini berdebar2 lagi......
Ya ALLAH selamatkanlah anakku dari penyakit yang berbahaya itu, tetapi sekiranya itu yang telah engkau tetapkan buat anakku aku redho Ya Allah...... 
Tulisan ini bukanlah untuk menagih simpati daripada mana2 pihak tetapi
kepada yang membaca tulisan ini cukuplah sekadar dapat mendoakan Satina semoga cepat sembuh dan dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini ini. Amin......  

Bagai nak gugur jantungku

1 Nov 2010, saya mambawa anak saya Satina ke HBP untuk mendapatkan rawatan pakar mata. Appointment jam 9 pagi, oleh kerana hari hujan saya pegi dengan bas saja, suami tak dapat nak antar kerana ada komitment kerja yang perlu dibereskan. Sampai ke hospital lewat sikit lebih kurang 9.20 pagi. Seperti biasa ambil nombor dan menunggu, tak lama kemudian nombor Satina dipanggil. Masuk bilik rawatan optometris. Kali ni ujian bacaan AOLHNEM.....ujian bacaan masih macam minggu lepas juga.....bila sampai huruf yg agak kesil saiznya dia tak nampak. Lepastu pegawai perubatan cek pergerakan mata, juga masih macam minggu sudah kurang memberikan reaksi.
Siap buat pemeriksaan saya tanya pegawai perubatan perlu ke anak saya pakai cermin mata? Pegawai tersebut jawab tak perlu sebab power dia rendah, lepas ni akak tunggu kat luar dan jumpa dengan doktor pakar.
Kami keluar dan menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor pakar, adalah dalam 9 orang lagi untuk giliran Satina pula. Lama jugalah kami menunggu, sampai tengahari, perut pun dah berkeroncong nasib baiklah kami bawa bekalan kuih kek kukus yang masih berbaki tu.Tak lama kemudian kelihatan seorang doktor muda berbangsa cina keluar dari bilik pakar oftalmologi. Dalam hati berkata mungkin doktor inilah yang memeriksa anakku nanti. Tepat sekali jangkaan saya, Lepas saja kembali dari lunch tiba giliran untuk Satina diperiksa.
Mula2 doktor periksa mata, pergerakan bola mata, dan doktor menyuruh Satina memejamkan mata dan didapati mata sebelah kanan tak boleh tertutup dengan rapat sedangkan yang sebelah kiri boleh tutup rapat. Doktor kata otot dia sangat lemah. Doktor juga memeriksa bahagian mulut kerana didapati mulut Satina ada sedikit herot/berot(senget) disuruhnya jelir lidah, kembongkan mulut dan doktor tekan kat pipi sebelah kanan tetapi Satina tak boleh bertahan macam loose gitu.
Lepastu diuji lagi dengan pergerakan tangan. Kali ni doktor suruh tepuk ulang2 depan belakang depan belakang telapak tangan laju2 tapi Satina tak dapat buat dengan sempurna. Kalau tengok dia buat macam susah sangat. Masa ni doktor suruh saya buat, saya buat dengan mudah. Kasihan Satina sebab otot dan saraf dia tak dapat berfungsi dengan baik.
Lepas tu Satina menjalani ujian berjalan dengan hujung kaki depan bertemu dengan tumit seara perlahan-lahan ulang alik dari tempat doktor berdiri hingga kearah dinding. Semasa melalui ujian ini Satina asik nak jatuh, kelihatannya dia tak dapat menyeimbangkan badan dan melakukan ujian ini dengan sempurna. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan doktor, didapati Satina menghadapi masalah otot dan saraf yang menggangu otaknya untuk membaca arahan dan berfungsi dengan baik. Doktor kata ada satu benda yang menekan otak Satina. Doktor kata Satina mungkin menghidap barah atau jangkitan kuman. Oleh kerana Satina jarang demam dan jarang sakit tak mungkin dia kena jangkitan kuman tetapi mungkin  menghidap barah. itulah kata2 doktor. Bagaikan nak gugur jantungku mendengar kata2 doktor sebentar tadi. Semua orang memang sedia maklum tentang penyakit barah yang boleh membawa maut.Ya Allah, saya terkedu seketika mendengar kenyataan doktor itu. 
Untuk menenangkan keadaan saya, doktor kata kita kena buat scan dikepala Satina, tujuannya untuk melihat adakah ketulan atau tidak dibahagian otak Satina. Saya bersetuju dan menandatangani satu borang persetujuan.....esok 2 nov 2010 Satina akan discan.....

October 31, 2010

Kek Sarang Semut Kukus

Salam ahad ye suma...dihujung minggu ni mesti bestkan lepak2 ngan family, rasa terhibur hati bila melihat keletah anak2 yang pelbagai ragam....ada yan nak itu, ada yang nak ini, ada yang suruh masak itu ada yang suruh masak ini.....macam2 yang nak dimasaknya. Kalau diikutkan hati suma benda nak dimasak, tapikan bila dah masak penat2 tak ada yang nak makan, kalau makan pun sikit aje, anak2 masih kecil2 tak pemakan sangat, bila dah rasa sikit dah kenyang katanya.....
Pizza Ayam
Untuk serapan pagi ni saya makan pizza, pemberian dari kakak ipar (Kak Mala) terima kasih ye kak pizza tu, Sebenarnya Kak Mala bagi piza tu 3 keping dengan 3 perasa, dah masak dari hari tu dan lagi satu ni baru masak hari ni....Kak Mala ni merupakan pembekal makanan sejuk beku....oh ya semalam pagi saya buat Kek Sarang Semut tak habis makan jadi dapatlah buat serapan pagi ni....Aritu tengok dapur CMG ada kuih ni (Sarang lebah) tengok dapur Yatie pun ada gak kuih ni....tetiba teringin pulak nak buat kuih ni, memandangkan semua bahan ada jadi jom kita cuba resepi ni....
Kek Sarang Semut Kukus
KEK SARANG SEMUT KUKUS
Bahan-bahan:-
4 biji telur
1 cawan gula dimasak/digoreng 
1 cawan air
(masak gula hingga cair dan keperangan pastu bubuh air perlahan-lahan)
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 bungkus potas
1 sudu kecil baking powder


Cara-caranya:-
1. Masakkan gula hingga keperangan. Ketepikan. 
2. Pukul telur dan potas hingga kembang.
3. Bila dah kembang masukkan susu, minyak, tepung yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan gula yang dah dimasak tadi dan kukus selama satu jam setengah. Sejukkan dan siap untuk dipotong. (saya guna tupperware bulat yang boleh masuk dalam micro oven tu)
Tutup tudung pengukus supaya air tidak menitis keatas kuih.
Selamat mencuba.

October 30, 2010

Nasi Goreng Beriani

Salam sabtu rakan-rakan bloogers. Sarapan untuk pagi ni saya buat nasi goreng beriani, sangat simple  mudah dan sedap bagi tekak saya la. Ok taknak cakap banyak2 jom kita layan resepi mudah ni...
Nasi Goreng Beriani
Bahan-bahannya:-
1 labu bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
5-6 biji cili padi (hiris)
1 sudu makan rempah beriani (bancuh dengan sedikit air)
1 mangkuk besar nasi (cukup untuk 5-6 orang)
1 senduk minyak masak
5 tangkai kacang panjang (potong 1/2 inci)
300 gm udang
1 keping dada ayam (hiris nipis)
Segengam ikan bilis (optional) kalau dah letak udang dan ayam tak perlu ikan bilis.
garam dan perasa secukupnya.


Cara-caranya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang, bawang putih, dan cili sampai naik bau kemudian masukkan rempah beriani. Kacau sebati, pastu masukkan udang dan hirisan ayam. Perasakan dengan bahan perasa dan garam secukupnya. Biar ayam empuk sikit pastu masukkan nasi dan diikuti dengan kacang. Kacau sebati, bila nasi melenting2 kat  dalam kuali boleh matikan api dan hidang. Tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup. siap untuk dimakan.... 

October 28, 2010

Mee Jawa

Hari ni rasa teringin nak makan mee jawa, hasil daripada bantuan mr google dapatlah saya resepi ni. Terima kasih pada tuan punya resepi dan saya minta izin letak resepi kat sini, untuk panduan anak2 dan diri saya sendiri pada masa akan datang.
mee jawa
Bahan-bahannya:
500 ml air rebusan udang
150 gm keledek - direbus dan di lecek
150gm daging - direbus dan di hiris nipis
120gm udang segar - direbus
60ml minyak masak
1 liter air rebusan daging
2 biji tomato - dihiris kecil
2 sudu makan tepung jagung
150 ml air
(bahan bewarna biru dibancuh)
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
40gm udang kering - direndam
3 ulas buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan sampingan:
500gm mee kuning - dicelur
150gm tauge
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris dadu
4 biji telur rebus - di belah 2
2 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
4 tangkai daun sup (dihiris)
5 sudu makan bawang goreng
5 biji limau kasturi - dibelah 2


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga keluar minyak
2. Masukkan keledek, air asam jawa, air rebusan daging dan air rebusan udang. kacau sekali sekala hingga mendidih
3. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan tomato. Bila kuah mula pekat, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, tutupkan api.
4. Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah panas.