Rakan Alam Maya

July 29, 2010

Apam Pisang Kukus

Salam khamis semua......ari nie bangun awal daripada biasa...tak boleh tidur....ntah kenapa tak tau, Teringat kat dapur ada pisang yang Mak Wan bagi semalam masih ada berbaki yang belum digoreng. Tekak nie teringin plak nak makan apam pisang kukus...terus aje kedapur buat apam nih.......memandangkan semua bahan ada jadi saya layanlah dengan pisang kukus nih....resepi nih main campak baling aje dan telah diubah mengikut selera tekak saya la yea... Alhamdulilah menjadi. Resepi asal boleh lihat di sini.
Apam Pisang Kukus
Bahan2:-
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 sdt soda bikarbonat (diayak)
1 sdt baking powder (diayak)
*200 gm pisang masak
*2 biji telur
*secubit garam
*3/4 cawan gula
*3/4 cawan minyak masak
*1 sdt esen vanilla
1 cawan susu cair (saja letak nak cuba kelainan rasa)


Cara2:-
1. Ayak tepung dengan SB dan BP.
2. Campurkan bahan bertanda * dan masukkan kedalam blender. Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan kukusan, dan loyang pengukus. Griskan loyang dengan minyak.
4. Masukkan bahan blender kedalam mangkuk besar dan masukkan sedikit demi dedikit tepung berselang seli dengan susu cair.
5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus sampai masak. (Tutup tudung pengukus dengan kitchen towel supaya air wap tidak terkena pada kuih ).
6. Biar apam sejuk baru potong dan hidang.

July 27, 2010

Sup Telur dan Sambal Tumbuk

Salam hari selasa buat kawan2. Semoga hari ini ceria2 hendaknya. Dah beberapa hari nih komputer saya buat hal lagi, nasib baiklah Mr hubby ada masa nak tolong tengok2kan. Itu pun sebab dia tak ada komputer customer, kalo tak lamalah saya menunggu giliran. Tima kasih yea abang...sayang abang......
Lagi beberapa minggu saja dah nak masuk bulan Ramadan. Kawan2 dah ganti puasa...yang bercakap nih dah ganti ke? (insyaallah sudah...) Hari nie masakan saya ringkas aje, kalo nak cuba silakan, tak paksa kalo tak nak saya tak kisah.....ini resepi biasa-biasa aje, lauk kegemaran anak2 saya. Jom kita tengok.
Sup Telur
Sup Telur
Bahan2:-
6 biji telur ayam (basuh bersih)
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Segengam ikan bilis
*1/2 sudu jintan kasar
*1/2 sudu jintan halus
3 tangkai daun sup (dihiris)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
2 cawan air
sedikit soon
minyak
garam dan perasa secukup rasa
Cara2:-
1. Kisar bahan bertanda *. dan tumis hingga agak garing.(Saya gunakan ikan bilis untuk menggantikan kiub pati ikan bilis)
2. Masukkan air dan diikuti dengan lobak. Setelah mendidih perlahankan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila telur separuh masak masukkan soon dan daun sup. Didihkan sebentar dan matikan api. Siap untuk dihidang.
Sambal Tumbuk
Sambal Tumbuk
Bahan:-
19 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
segengam ikan bilis
sedikit garam, perasa dan gula secukupnya.
Cara2:
1. Goreng belacan dan ketepikan. Goreng pula ikan bilis, bawang, bawang putih dan cili padi. Masak, angkat.
2. Masukkan kesemua sekali bahan gorengan tadi kedalam lesung diikuti garam,perasa dan gula. Tumbuk sampai lumat. Sedia untuk dihidang. (Makan bersama ulam-ulaman spt pegaga, kacang botor, daun tenggek burung dsb).

July 22, 2010

Wanita Sejati

  • Seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya
  • Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari, keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. 
  • Wanita sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
  • Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

July 20, 2010

Sambal Sotong Kembang dan Sawi Goreng Udang

Salam petang selasa semua. Hari nie saya masak ringkas aje. Resepi nih pakai campak baling aje...yang pasti menjadi, jom kita layan resepi nih.....


Sambal Sotong Kembang 
Bahan2:-
2 ekor sotong kembang
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*20 tangkai lada kering
*1 sudu besar belacan
*1 helai daun limau purut (buang uratnya)
1 cawan air asam jawa
garam, perasa dan gula secukup rasa
2 senduk minyak
Cara2:-
1.  Bersihkan sotong dan potong2. 
2.  Kisar semua bahan yang bertanda * dan tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit gula dan kacau sebati.
3.  Masukkan sotong dan biar mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, dan perasa secukup rasa. Masak dan siap untuk dihidang.




Sawi Goreng Udang
Bahan2:-
5 batang sawi
20 ekor udang
1 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris halus)
Cara2:-
Bersihkan sawi dan potong2. Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan batang sawi diikuti dengan udang, biarkan mendidih dan kacau sebati. Dengan api besar masukkan pula daun
sawi dan kacau sebentar. (saya tak masukkan daun bersama batang sebab tak mau daun lodoh).Matikan api dan siap untuk dihidang.

July 19, 2010

Sotong Goreng Kunyit

Salam tengahari isnin semua. N3 kali nie ringkas aje, Oleh kerana dalam peti masih ada lagi stok sotong jadi masak ajelah sebelum dia bertukar bau dan rasa...jom kita masak....resepi asal dari familyoven lihat disini. Walau bagaimanapun saya telah mengolah resepi ini mengikut selera saya. Terima kasih yea resepinya....saya cnp, mintak dihalalkan.
Bahan:-
600 gm sotong sederhana besar
1 labu bawang besar-dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
10 tangkai cili padi
1/2 biji lobak merah - potong dadu
1 inci kunyit - ditumbuk
garam & perasa secukup rasa
1 1/2 senduk minyak masak
2 sudu besar air asam jawa.


Cara2:-
Sotong yang telah dibersihkan dipotong bulat dan lumurkan dengan kunyit. Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan cili padi, tumis sebentar hingga naik bau dan masukkan hirisan bawang, lobak merah dan diikuti dengan sotong. Perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa dan masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sebati dan biar mendidih hingga masak. Jangan terlalu lama memasak kerana sotong akan jadi liat. Siap untuk dihidang.