Bahan2:-
Santan dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
10 tangkai cili padi
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - dititik
5 batang keladi berserta isi - direndam bersama garam utk hilang gatal.- direbus.
garam & perasa secukup rasa.
Cara2:-
1. Cili Padi, halia, bawang merah, dan bawang putih ditumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan no.1 kedalam periuk bersama santan.
3. Masukkan juga serai yang dititik.
4. Selepas itu masukkan gggaram, perasa dan asam keping.
5. Masukkan juga keladi yang telah direbus tadi. Kacau hingga rata.
6. Biarkan kuah mendidih, setelah masak angkat dan hidang.