Rakan Alam Maya

July 14, 2010

Daging Masak Kicap ala Mak Siti

Daging Masak Kicap ala Mak Siti
Salam petang rabu semua, alahai cuaca kat luar sana tu muram aje, sedih plak rasa...Semalam saya tak masuk n3 sbb agak sibuk sket, bukan sibuk buat keja tetapi sibuk menanam pokok ubi kayu kat tepi rumah. Oleh kerana teruja sangat dengan tapai ubi Kak Busu yang berwarna kuning tu (bukannya tapai tu warna kuning tetapi ubinya yang kuning), tetiba plak diri ini nak tanam batang ubi. Terima kasih Kak Busu bagi batang Ubi tuh....nanti bila dah berbuah saya bagi kak tuk buat kuih & tapai yek....Apa la melalut plak, jom kita kongsikan resepi Mak Siti nie....
Bahan2:-
1kg daging
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 paket rempah daging masak kicap Mak Siti (jadikan pes)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 biji tomato belah empat
1 mangkuk air
daun sup dan daun bawang untuk hiasan.
minyak untuk menumis.
Cara2:-
1. Potong daging dan basuh bersih.
2. Tumiskan bawang, halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan pes rempah daging masak kicap Mak Siti. Kacau sebati.
4.Masukkan daging dan biar mendidih sehingga daging empuk. Kalau daging belum empuk tapi air dah nak kering tambah lagi sedikit air. Biar daging betul-betul empuk kemudian barulah masukkan kicap pekat dan kicap manis. Kacau sebati. Bila kuah dah nak kering barulah masukkan tomato. Siap untuk dihidang. hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

July 12, 2010

Kuih Keria Keledek

KUIH KERIA KELEDEK 
(gambar hiasan)


Salam petang isnin semua...menu petang nie apa yea.....rasanya tak dan nak buat, tapi saya nak tepek gaklah resepi ni, takut nanti terlupa....Sebenarnya baru aje nak gi kedai cari keledek merah untuk wat kuih keria....boleh gitu....Kuih ni kuih tradisional dan saya yakin org modern skrg nie ramai yg tak tau nak buatnya walaupun nampak senang tapi saya wat nie ntah kali yg keberapa yea (tak tau la...) tak berapa nak menjadi, keras la, liat la...harap2 kali nie menjadila yea....jom kita cuba...


Bahan2:
600pm keledek merah/putih
150gm tepung gandum
1/4 cwn gula putih
minyak untuk menggoreng
garam secukupnya.


Cara2:-
1. Bersihkan keledek dan rebus hingga masak.
2. Setelah masak buangkan kulitnya dan lecek hingga halus. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati.
3. Ambil 1 camca adunan tadi dan bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan kedalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai ketepikan. 
5. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.

July 11, 2010

Tahu Goreng Telur

Salam tengahari minggu semua.....n3 kali nie ringkas aje. Masak yang simple tapi sedap. Nak masak ayam...semalam dah masak ayam ari nie masak telurnya pulak....jom kita layan resepi nie.
Tahu Goreng Telur
Bahan2:-
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*20 tangkai lada kering (nak lebih pedas tambah lagi)
*2 helai daun limau purut (buang uratnya)
3 biji kentang - hiris nipis dan digoreng (kentang yg sedap warna dalamnya kuning)
5 biji telur digoreng
3 keping tahu - belah dua dan digoreng.
Air asam jawa secukupnya (1 cawan )
Garam, gula dan perasa secukup rasa.

Cara2:-
Blend semua bahan bertanda * kemudian tumis menggunakan minyak bekas gorengan telur tadi.
Kacau sebati hingga agak garing dan masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.
Masukkan pula air asam jawa dan diikuti dengan tahu, kentang dan telur.
Biarkan mendidih seketika dan matikan api. Siap untuk dihidang.



July 7, 2010

Mee Kuning Sira Pedas

Salam rabu semua. N3 kali nie simple aje, buat kudapan untuk anak2 sambil nonton katoon. Jom kita layan resepi nie......maaf ye...gambar tak sempat nak ambik.


Bahan2:
1kg Mee Kuning
20 tangkai lada kering (kalo nak lebih pedas lebihkan lada)
3 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng.


Cara2:
Masukkan mee kedalam dulang dan angin2kan lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng mee sampai garing (macam goreng maruku). Goreng sampai habis.
Sementara itu blender lada kering dan bawang putih.
Tumis bahan blender tadi sampai agak garing dan masukkan gula dan garam secukup rasa.Kacau sampai agak garing dan masukkan mee yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Setelah siap sejukkan sampai betul2 sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Note: Boleh juga tambah dengan kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.

July 6, 2010

Mee Kari Kerang ala Shida


Mee Kari ala Shida
Bahan untuk kuah karinya:- 
Satu senduk minyak masak 
*1 labu bawang besar  
*4 ulas bawang putih  
*1 inci halia 
*1 batang serai
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit santan cair jadikan pes
*15 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari (tak letak sbb tak ada) 
1 biji bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
*1 bungkus udang kering (RM1-rendam dan blend)
semangkuk santan pekat (400ml)
1000ml santan cair 
1 bungkus fish ball (belah 2)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan kemudian blender dan ambil airnya)
11/2 kilo kerang  
RM1 sawi
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
Bahan-bahan sayuran: 
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
4 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
3 keping tauhu (dihiris nipis dan digoreng)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Cara2:
Kisar bahan bertanda * dan tumis bahan kisar bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau dan agak garing.
Masukkan pes kari,dan diikuti daun kari kacau sebati. 
Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair.
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, kerang, fish ball, fish cake,dan tahu goreng diikuti dengan air blender kulit udang dan biarkan dengan api yang sederhana.
Masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan sawi.  Kacau sehingga mendidih.  Matikan api.
Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak, sambil tu bolehlah  celurkan mee dan taugeh. 
Masukkan mee kedalam mangkuk atau pinggan dan hiaskan dengan taugeh,bawang goreng, cili mayang, daun sup/bawang, telur rebus dan siramkan kuah kari tadi diatas mee. Selamat menjamu selera.