Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
August 13, 2009
Sumber: Kak Yati (tapi dah diolah ikut citarasa sendiri.)
KUIH BOM aka Onde-Onde
Bahan-bahan inti kelapa:
60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut
Cara2:-
1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
3. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
Untuk Doh:
320g Kentang direbus & lenyek (kalau besar sebiji pun cukup)
360g Tepung Pulut
80g Tepung Gandum
150g Gula Kastor (saya guna 50g aje)
200ml Air
1 s/teh Garam
Cara2:-
1. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum, kentang, gula kastor dan garam
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh
3. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
4. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
5. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
6. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
7. Dan siap untuk dimakan
Label:
RESEPI (kuih-muih)
August 11, 2009
Salam, selamat petang semua pada kengkawan. Tengah buat apa......buat cekodok untuk minum petang ya..Cik Yah, Cik Jah, Cik Mah......Hee...heee....hee...Oleh kerana ari nie haku masak lambat jadi haku balun nasi goreng ajelah untuk alas perut...jom...meh kita tengok resepi nie. Oh yea resepi asal dari Mak Lang, mintak dihalalkan yea Mak Lang haku kopipes resepi nie....
NASI GORENG CINA
Bahan2:
3 mangkok besar nasi yang di sejukkan
1/2 tube daging cincang
2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
6 batang kacang panjang dihiris
1 batang lobak merah di potong dadu
3 biji lada merah dihiris
2 sdk serbuk lada putih
beberapa titik minyak bijan
2 biji telor
sedikit daun sup dan daun sadri dihiris
3 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng
Bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan, udang kering dan ikan bilis
3 biji lada merah
Caranya:
1.Panaskan minyak.
2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Goreng sehingga agak merah.
3.Masukkan bahan yang dikisar, dan goreng sehingga garing.
4.Masukkan daging kisar dan goreng lagi sehingga daging agak kering.
5.Masukkan nasi dan gaul rata.
6.Masukkan sayuran,lada hiris diikuti dengan garam dan gula dan lada putih dan daun limau
purut.
7.Pecahkan telur dan gaul dengan nasi. Biarkan ianya agak kering.( nasi tu dah nampak macam
terlompat2 kalau atas kuali...jangan terpelanting keluar kuali sudah!)
8.Sebelum diangkat, titikkan minyak bijan dan gaul.
9. Sedia untuk dihidang.
Label:
Nasi
August 10, 2009
Salam semua pada kengkawan, rasanya lama bebeno haku tak n3 kat sini, entahlah semenjak kebelakangan nie haku malas sesangat nak bukak komputer, susah kan kalo penyakit "M" dah melanda diri, Tapi haku mesti menangkan diri untuk buangkan jauh2 penyakit nie.....sebenarnya haku sibuk sejak kebelakangan nie ditambah lagi ngan penat & letih tu yg jadi malasssss skit.
Ari nie haku nak kongsikan resepi kuih utk hari raya yg tak berapa lama nak menjelang. Pada sesapa yang dah tau resepi nie tapi ingat2 lupa bolehlah salin, kalo nak salin....pada yg tak tau pun boleh gak nak salin...jom kita layanzzz.z...
BISKUT SARANG SEMUT
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Label:
Biskut
Subscribe to:
Posts (Atom)