Rakan Alam Maya

August 11, 2009

Salam, selamat petang semua pada kengkawan. Tengah buat apa......buat cekodok untuk minum petang ya..Cik Yah, Cik Jah, Cik Mah......Hee...heee....hee...Oleh kerana ari nie haku masak lambat jadi haku balun nasi goreng ajelah untuk alas perut...jom...meh kita tengok resepi nie. Oh yea resepi asal dari Mak Lang, mintak dihalalkan yea Mak Lang haku kopipes resepi nie.... NASI GORENG CINA Bahan2: 3 mangkok besar nasi yang di sejukkan 1/2 tube daging cincang 2 biji bawang merah dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 6 batang kacang panjang dihiris 1 batang lobak merah di potong dadu 3 biji lada merah dihiris 2 sdk serbuk lada putih beberapa titik minyak bijan 2 biji telor sedikit daun sup dan daun sadri dihiris 3 helai daun limau purut sedikit garam dan gula minyak untuk menggoreng Bahan2 kisar: 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit belacan, udang kering dan ikan bilis 3 biji lada merah Caranya: 1.Panaskan minyak. 2.Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Goreng sehingga agak merah. 3.Masukkan bahan yang dikisar, dan goreng sehingga garing. 4.Masukkan daging kisar dan goreng lagi sehingga daging agak kering. 5.Masukkan nasi dan gaul rata. 6.Masukkan sayuran,lada hiris diikuti dengan garam dan gula dan lada putih dan daun limau purut. 7.Pecahkan telur dan gaul dengan nasi. Biarkan ianya agak kering.( nasi tu dah nampak macam terlompat2 kalau atas kuali...jangan terpelanting keluar kuali sudah!) 8.Sebelum diangkat, titikkan minyak bijan dan gaul. 9. Sedia untuk dihidang.