Rakan Alam Maya

April 27, 2010

Puding Soya

Cuaca kini tak menentu...panas...hujan.....panas... hujan....jadi tekak pun rasa kurang sihat juga la...kan...dengan keadaan cuaca yang panas nie teringin pulak haku nak makan puding soya....anak2 pun memang suka puding apalagi kalau puding berkuah.....memang yummy.......jom kita layanzzzz dengan puding nie....
Bahan:-
1 paket serbuk gelatin halal (50g)
1 liter susu soya (tawar)
1/4 cawan gula


Cara:-
Masukkan serbuk gelatin kedalam soya yang telah dipanaskan. Kacau hingga sebati. Masukkan gula dan tuang kedalam bekas yang bersesuaian.Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.Ketika nak menghidang 
hias dengan buah2an dlm tin atau cedokkan aiskrim dan letakkan diatasnya dan tabur dengan coklat rise. 


Nota: Soya nie boleh juga dibeli dipasar malam dgn harga RM1 sebungkus, dan tak perlu tambah gula lagi.

April 25, 2010

Sambal Goreng

Gambar ihsan dari Rozzan.
Bahan2 Kisar:-
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 batang lada kering


Bahan2 Hiris:-
1 labu bawang besar 
10 batang kacang panjang (potong serong)
2 keping tahu (hiris nipis dan goreng)
4 keping tempe (hiris nipis dan goreng)
3 biji kentang ( hiris nipis dan goreng)
16 ekor udang basah besar/sedang.


Cara2:
1. Tumiskan bahan2 kisar hingga garing, Masukkan sedikit gula, garam dan perasa dan kacau diikuti dengan udang dan sedikit air (kocakan daripada blender).
2. Masukkan kesemua bahan2 hiris yang telah digoreng dan diikuti dengan kacang.
3. Kacau sebati dan didihkan sebentar, kemudian padamkan api. Siap untuk dihidang.

April 24, 2010

Asam Pedas Ikan Duri

Bahan2:-
1 kg Ikan Duri
20 btg lada kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
sedikit belacan.
(Kisar semua bahan diatas)
2 batang serai (dititik)
10 biji terung bulat kecil
6 batang bendi
2-3 mangkuk air
air perahan asam jawa secukupnya
garam dan perasa secukup rasa.
1/2 sudu teh gula.
minyak secukupnya.


Cara2:-
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan yang dikisar bersama serai yang dititik tadi.Kacau sampai agak2 garing. Masukkan sedikit gula, garam dan perasa. Kemudian masukkan ikan, air dan air asam. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan terung dan bendi.Masak sampai kuah agak2 pekat baru matikan api.Selesai masak sedia untuk dihidang.

April 21, 2010

Gulai Lemak Ketam

Bahan2:
10 ekor ketam (sedang)
1 biji kelapa (ambil santannya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili api
2 batang serai
2 keping asam gelugur
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
2 helai daun limau purut (buang urat daun)
Garam secukup rasa.


Cara2:
1. Bersihkan ketam dan cuci bersih, belah dua kalau besar.
2. Kisar semua bahan diatas kecuali ketam dan kelapa dan asam gelugur.
3. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk diikuti dengan santan dan ketam dan gaul rata diatas api sederhana. Perasakan dengan garam dan biarkan mendidih hingga agak pekat.Setelah masak bolehlah dihidangkan. 

April 20, 2010

Rendang Ayam

Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat ( dari sebiji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - dimayang halus 


garam dan perasa secukup rasa

Bahan2 Mesin :-
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
5 batang serai
15 cili kering
25 biji cili api
Cara: 
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Perasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.


April 12, 2010

Laksa Johor (1)

Bahan2:
1/2 kilo ikan tenggiri (rebus ambil isi & kisar)
150gm udang kering (rendam & kisar)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar & kisar)
*20 tangkai cili kering
**20 biji bawang kecil
**10 biji bawang putih
**1 inci halia
**2 inci lengkuas
2 paket kari ikan (mak siti)
10 keping asam keping
1 paket kerisik
1 biji kelapa (ambil santan 800ml)
**5 batang serai
1 paket sphageti (rebus sampai lembut)


Ulam-ulaman:
50 sen taugeh
Daun selasih, kesum (racik halus)
Timun buang biji (racik halus)
Limau Kasturi
Lobak Asin Halus
Sambal Belacan.


Sambal belacan:
5 biji lada basah (merah & hijau)
5 biji cili padi
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
sedikit belacan (1/2 buku)
Goreng kesemua bahan, tumbuk dan tambahkan perasa.


Cara2 membuat kuah:
1. Kisar bahan2 yang bertanda * (berasingan). Dan kisar bahan2 bertanda ** (berasingan)
2. Masukan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan bertanda* hingga agak garing dan diikuti dengan bahan bertanda ** kacau sebati dan tumis hingga agak garing.
3.  Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang kering, isi ikan kering, santan,asam keping, kerisik, dan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga semuanya sebati.
Jika pekat tambahkan dengan air rebusan ikan tadi.


Petua. Biarkan semalaman untuk mendapatkan kelazatan masakan dan lebih enak dimakan.( jika masih pekat tambahkan dengan santan atau air). selamat mencuba....

April 10, 2010

KEK KUKUS BUAH

Sumber: Mat Gebu
Assalamualaikum dan salam ceria. Hari ini haku nak kongsikan resepi kek kukus yang haku lamar dari dapur saudara Mat Gebu. Haku nak buat kek ini untuk kenduri rumah kakak haku esok....jadi sekali sekala menjamu kek kukus buah nie pasti menyelerakan. Apapun haku minta dihalalkan ya cik Mat resepi nie.....mintak dihalalkan dan semoga perkongsian ini mendapat manfaat dan sedikit amal jariah......
Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan
Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....

April 7, 2010

Lemak Cili Api Buah Meranti

Assalamualaikum dan salam ceria. Hari ini haku nak kongsikan resepi masakan kampung. Buah meranti......mungkin ada yang pandai makan dan biasa makan dan mungkin ada juga yang tak reti makan dan tak pernah dengar. Buah nie sedap kalo dimasak sambal tumis, campur dalam asam pedas ikan dan masakan yang pedas2lah senang kata. Meh kita cuba resepi nie.....


Bahan2:-
*3 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
segengam ikan bilis
*10 tangkai cili padi
*1/2 inci halia.
semangkuk buah meranti
1/2 biji kelapa parut (ambil santannya = 300ml)
sedikit garam dan perasa.


Cara2:-
1. Gorengkan ikan bilis bagi garing.
2. Blend bahan bertanda* dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan buah meranti dan kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan bahan perasa serta garam.Biarkan mendidih dan kacau2 manja. Masak sampai buah meranti masak dan hidangkan bersama nasi panas dan ikan kering goreng.

April 5, 2010

Puncak Cinta

Puncak Cinta

Spagetti Bolongnese

Selamat petang isnin semua. Biasanya kalo hari isnin nie hari yang paling malas sekali untuk memulakan kerja. Tak kiralah apa kerja sekalipun....Tapi petang nie tekak haku terasa nak makan spageti, suami dan anak2 pun memang suka makan masakan nie jadi haku pun tak lengah2 terus memulakan tugasan didapur dan hasilnya... tada............ini adalah hasil daripada haku menciluk resepi dari familiazam dimana resepi asal adalah dari dapur Kak Liza. Minta dihalalkan yea kak......tima kasih...


Bahan-bahannya: 
1 paket spagetti  
400 gm daging cincang halus [mince meat]
10 biji cendawan butang [potong 2]
1/2 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
1 biji tomato [potong dadu]
2 s/b cili mesin

1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/t lada hitam
5 s/b tomato sos
1/2 cawan air
minyak

garam
aregano 
 
daun sup [cincang halus] 


Cara membuatnya: 
Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi
.
Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
Taburkan aregano dan hirisan daun sup.



Sumber: resepi asal dari Kak Liza.

Kuih Kaswi

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kanji
4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil air kapur
Bahan B
400gm gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air

(Bahan B di masak bersama daun pandan, tapis dan sejukkan)

Satukan kesemua bahan A. Tuangkan Bahan B kedalam adunan Bahan A dan digaul rata. Tapis.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan-acuan kecil yang hendak digunakan. Tuangkan adunan kedalam mangkuk2 kecil dan kukus lah sehingga masak lebih kurang 25-30minit. Biar kan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Atau gunakan loyang 8 x 10 dan kukus lebih kurang 1 jam. Taburkan dengan sedikit kelapa parut ( yang telah dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan) semasa menghidang. 

April 4, 2010

Kerabu Daun Cekur

Bahan2:-
1 cawan kerisik
6 biji cili api
150gm udang basah
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
5-6 helai daun cekur
5 batang kacang botor - dihiris nipis
garam & gula secukupnya.


Cara2:-
1. Kelapa digoreng hingga kering dan diramas.
2. Goreng dan tumbukkan cili api. (mentah pun boleh)
3. Rebus udang dan tumbuk kasar.
4. Hiriskan bawang besar.
5. Asam jawa diambil airnya yang pekat. (atau boleh juga guna pes asam jawa).
6. Gaul kesemua bahan ini bersama dengan garam & gula hingga sebati.