Rakan Alam Maya

May 20, 2010

TERKILAN SESANGAT....

Salam ceria semua.
 Haku tak tahu kenapa hati aku begitu teruja nak menulis tentang sebuah syarikat courier. Tujuan haku bukanlah untuk memburukkan syarikat courier ini, tapi sekadar untuk berkongsikan masalah yang haku hadapi. Sebelum ini haku gunakan syarikat courier (CTL) nama ringkasnya, selalu sahaja ada masalah daripada pekerja, tak ambik bungkusan pada hari yang sepatutnya ambil dan penghantarannya juga lambat. Setelah berbincang dengan Mr. Hubby kami bersetuju untuk mendaftar dangan syarikat courier lain iaitu (NW) nama ringkasnya.
 Ceritanya begini pada pagi isnin lepas haku telah menelefon syarikat courier untuk mengambil bungkusan yang nak dihantar pada customer, oklah haku tunggu sampai petang baru ada orang ambik bungkusanku itu. Sepatutnya bungkusan itu sampai ketangan customer pada hari selasa tetapi haku sangat2 kecewa dah hari rabu pun customer haku masih tak dapat lagi bungkusan itu. Tanpa berlengah haku pun telefon syarikat courier terbabit untuk bertanyakan apa masalahnya yang bungkusan haku tak sampai2 lagi.
 Setelah berdialog dengan customer servis syarikat terbabit mereka menyatakan bungkusan haku tu sepatutnya memang sampai pada customer pada hari selasa tetapi orang yang bekerja dibahagian penghantaran tu tak hantar bungkusan  itu, katanya tak tahu tempat.
Setahu haku, dah cukup lengkap alamat yang haku berikan berserta dengan contact person dan no tel sekali, tetapi mengapa tak nak hubungi pihak kami menyatakan tak tahu tempat, mengapa perlu berdiam diri.
 Pada hari khamis haku hubungi customer untuk bertanyakan bungkusan dah dapat ke belum, sekali lagi haku terkejut, katanya bungkusan belum dapat. Tanpa lengah haku hubungi syarikat courier terbabit untuk dapatkan penjelasan mengapa bungkusan haku masih belum dihantar. Jawapan yang sama haku terima budak yang hantar tak tahu tempat...haku sangat kecewa dengan alasan yang diberikan. 
 Haku jelaskan kepada CS syarikat terbabit bahawa haku menjalankan perniagaan melalui online, customer perlu dijaga kalau kita tersilap atau lambat membuat penghantaran customer hilang kepercayaan kepada kita ( tetapi kalau courier lambat menyampaikan bungkusan, perniagaan kita akan terjejas (sekiranya customer membuat complaint dan hantar email kepada beribu orang ianya cepat merebak seperti virus). Haku sangat kesal dangan apa yang berlaku dan CS syarikat terbabit berjanji perkara sebegini tak akan berulang lagi.
 Moral dari cerita ini ialah sekiranya kita telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan mestilah kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin, jangan buat sambil lewa kerana ini melibatkan beberapa pihak, bukan sahaja pihak haku yang kecewa tetapi juga pihak customer. Mungkin haku boleh memahami situasi begini tetapi adakah pihak ketiga boleh memahami dan menerimanya....fikirkanlah....



May 18, 2010

Bawal Sos Thai

N3 kali nie resepi yang paling ringkas dan mudah disediakan. Jom cuba....


Bahan-bahan:-
2 ekor ikan bawal ( potong 2 )
1 labu bawang holand (hiris kasar)
1" halia (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
Sos Thai secukupnya ( 5 sudu makan )
Kicap Manis secukupnya ( 3 sudu makan)
1/2 btg Lobak merah (potong dadu)
garam dan perasa secukup rasa.
Minyak secukupnya.


Cara-cara:-
1. Bersihkan ikan dan potong 2. Lumur dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga agak garing kemudian masukkan bawang holand diikuti sos thai dan kicap manis. Masukkan sedikit air dan diikuti dengan lobak merah .Didihkan kemudian masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa.Kacau sebati dan didihkan sekejap. Sedia untuk dihidang.

May 17, 2010


Buat semua guru-guru, Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru, pensyarah and so on....jadilah guru yang bukan sahaja mampu mendidik untuk duniawi sahaja tetapi juga ukhrawi. Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah antara guru-guru yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa. Semoga jasa yang disumbangkan menjadi manfaat dunia dan akhirat. Amin....Jadikan RASULULLAH SAW sebagai idola dan contoh dalam mendidik.........

May 12, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu khas buat ibu tersayang Pn. Samsiah Mustar dan ibu mertua Pn. Nacha Darus serta  ibu2 diluar sana semoga dipanjangkan umur dan kesihatan yang lebih baik agar dapat meneruskan menjalani hari2 yang dilalui dengan penuh beribadah serta kesabaran. Terima kasih ibu kerana telah membesarkan kami adik beradik tanpa mengenal erti penat. Pengorbananmu membesar dan mendidik kami tak akan kami lupakan sampai bila2. Pengorbananmu selama membesarkan kami tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata dan apa yang kami mampu lakukan hanya berdoa, berdoa,,berdoa... agar ibu sejahtera selalu. Limpahan kasih sayangmu amat bermakna dan kami adik beradik tak mampu memberikan kasih sayang seumpama itu.Tetapi ibu jangan risau kerana kami sedaya mungkin akan melakukan yang terbaik hanya untukmu ibu.Kami sayang ibu.....sayang ibu.......


Ibu
maafkan anakmu 
kerna telah mengecewakan impianmu
Ibu
anakmu ini memang degil
anakmu ini memang tak mendengar kata
anakmu ini selalu sahaja menyusahkan dirimu
minta dibelikan itu, minta dibelikan ini
Ibu
kalaulah masa lalu boleh diulang semula
tak akan aku menjadi degil
akan aku mendengar kata
tak akan aku menyusahkan dirimu
tak akan minta dibelikan itu dan ini
Ibu
Terima kasih diatas pemberianmu,
Pengorbananmu, 
Kasih Sayangmu
Masa dan Kehidupanmu, 
Ibu...Ibu.....
Engkaulah ratu hatiku...

May 3, 2010

Salat kentang

Bahan:-
200gm kentang (direbus dan potong dadu)
100gm mayones
1 biji bawang bombay (hiris halus)
30gm biji sawi
100gm daging lembu (dicincang halus & rebus)
5gm lada hitam
garam secukupnya.
1 pokok daun ketumbar(hiris halus)


Cara2:-
1. Gaul rata mayones, kentang, biji sawi dan bawang bombay.
2. Perasakan dengan garam dan lada hitam
3. Akhir sekali, taburkan daging lembu cincang dan daun ketumbar keatasnya.

May 2, 2010

Ikan Siakap Berlada



Gambar hiasan
Bahan:
20 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 helai daun limau purut
(kisar semua bahan diatas)
1 ekor ikan siakap (bersihkan)
1 labu bawang besar (hiris & goreng layu)
1/2 batang carrot (potong dadu)
2 biji kentang (potong dadu dan goreng)
6 batang kacang buncis (potong 21/2 inci)
Sedikit soon (digoreng tanpa dicuci)
2 sdm tepung gandum (dilumur dgn ikan)
2 sdm tepung beras (dilumur dgn ikan)
1 inci kunyit (tumbuk & lumur dgn ikan)
Garam dan perasa secukupnya.
1 biji Jus limau nipis


Cara2:
1. Bersihkan ikan dan lumur dengan kunyit,garam serta tepung gandum + tepung beras.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sampai masak dan angkat. Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga agak garing, masukkan sedikit gula, perasa dan garam serta diikuti dengan kentang,carrot dan kacang buncis.Kacau Sebati dan tambah sedikit air jus limau nipis.Kalau pekat tambah sedikit air biarkan mendidih dan matikan api.
4. Letakkan ikan dalam piring bujur dan hiasi dengan soon goreng disekeliling ikan. Tuangkan no.3 (kuah sambal) diatas ikan dan tabur dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidang.