Rakan Alam Maya

October 27, 2010

Karipap Pusing

Ari ni saya belajar buat karipap pusing. Sebenanya dah lama saya simpan resepi ni, resepi ni saya dapat dari dapur Kak Rinchan. Dalam dapur Kak Liza pun ada juga. Setahun jugalah saya memendam rasa nak cuba buat karipap ni tapi tak ada kesempatan. Oleh kerana keinginan nak makan hasil buatan tangan sendiri sampai ketahap gaban, dirajinkan jugalah diri ini untuk membuatnya. Hasil percubaan pertama tak berapa menjadi. Kulit karipap tak berapa berlapis2 dan tak berapa rangup. Ini bukan kesilapan pada bahan tetapi mungkin kesilapan teknik dan dari saya sendiri. Maklumlah tak pernah buat, tetapi saya tak akan berputus asa, saya akan mencuba, mencuba dan mencuba lagi sampai jadi. Ada sesiapa yang tahu tips untuk kulit karipap rangup dan tahan lama, kalau ada kongsi2kanlah ye dgan saya. Satu lagi bab mengelim bhg tepi tu, puas belaja tapi tak jadi2 juga...hai malunya dah jadi mak orang baru nak belajar....hee.hee.hee


KARIPAP PUSING
Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam
Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut


Cara

  1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.
  2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
  3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
  4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.Buat kesemua bebola sehingga habis.
  5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
  6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hujung jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
  7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.
Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging (hiris kecil)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
500 gm ubi kentang (potong dadu) 
1 s/b rempah kari daging (bancuh dgn sikit air)
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
  2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
  3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air. 
  4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
  5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.

October 26, 2010

SOTO BANJAR (resepi II)

Salam selasa buat kengkawan, ayat sama aje kan...oklah arini nak hidang resepi soto banjar lagi tapi kali ni versi Kak Fida pulak dari myresepi. Resepi ni saya dah cuba sendiri masa raya lepas boleh tahan sedap, kakak saya sekeluarga pun suka. Terima kasih ye Kak Fida kerana kongsikan resepi nie dan saya minta izin mengopy resepi nie kat sini.

Bahan-bahan ( 10-15 orang )


1 ekor ayam - dipotong 4 dan dibersihkan
4 ltr air ( saya kurangkan kpd 3 liter)
6 helai daun limau purut
3 batang serai - dititik
1/2 jari lengkuas - diketuk
1 batang kulit kayu manis
20 ulas bawang merah*
7 ulas bawang putih*
1/2 jari halia*
1/2 jari kunyit hidup*
1/2 biji buah pala*
1 sb lada putih biji*
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak - untuk menumis

Bahan-bahan Sampingan :-
nasi himpit,mee kuning atau mee hoon yg dicelur
begedil,telur rebus,tauge
su'un yg dicelur-utk tabur (kalau makan dgn nasi himpit) (saya buat suun ni digoreng)
daun sup,daun bawang,bawang goreng
sambal kicap cili padi

Cara-caranya:-

    1. Rebus ayam dgn 5 bahan2 berikutnya.
    2. Kisar bahan2 bertanda*.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan curahkan bahan tumisan ini ke dalam rebusan ayam tadi.Tambah garam secukup rasa.Biarkan kuah soto mendidih dan ayam empuk.Matikan api.
    3. Keluarkan ayam.Siat2 isi ayam dan goreng dgn sedikit minyak dan ketepikan.
    4. Bubuh bahan2 soto di dalam mangkuk,tuangkan kuahsoto dan tabu dgn bahan2 taburan dan juga isi ayam yang telah disiat2 tadi.
    5. ***ayam boleh dipotong kecil2 dan tk perlu disiat2...boleh juga menggunakan kepak ayam yg dipotong kecil.

                October 25, 2010

                Ujian buat anakku.

                Salam. Info terbaru buat anakku. Tadi bawak Satina pegi pakar mata. Ok 1st dia cek mata mcm kat kedai cermin mata baca "A L O H ....." sampai line ke empat aje dia dapat, pas 2 dah tak nampak dah (kanan kiri lah cek) 2nd cek kat bhg Otometris lebih kurang mcm tu lah bunyinya. Doc buat ujian yg sama suruh baca dgn pakai kanta mata, pas tu wat bandingan jarak tumpu titik cahaya dan garisan cahaya utk dapatkan ia mesti bertindih tapi dia tak dapat (gagal) doc kata julingnya tinggi bacaannya, doc guna mesin utk tengok bacaan tu. yalah kan dah canggih skrg. Dia punya power rabun rendah tak tinggi.
                Pastu doc suruh pegi cek dibhg "otot mata" guna mesin juga. Masa ni dia guna cermin mata sebelah hitam & sebelah merah (mungkin 3d agaknya) saya tak pasti. Ujian ni dia nak dapatkan bacaan titik tumpu antara cahaya merah dgn cahaya torch light warna hijau. Keputusannya dia tak dapat tindankan cahaya torch light di cahaya titik merah yg sebenarnya, tetapi dia tindankan pada cahaya kedua yg dia nampak.(maksudnya dia nampak 2 cahaya merah tu)
                Lepas tu letak ubat kat mata supaya anak mata mengembang, tujuannya utk cek belakang saraf mata sbb dia punya bacaan juling tu lain mcm doc suruh cek saraf mata plak, takut ada apa2 sbb dia berkaitan dgn otak.
                Lebih kurang 1 lebih baru cek saraf mata dan doc kata saraf tak ada apa2 masalah. Doc pun tak berani nak bagi kata putus apa penyakit dia sbb 1nov ni doc suruh dtg lagi utk cek dgn doc pakar yg lebih tinggi (boss). 
                Kali nie kena cek "KAPD &DB" ini istilah doc saya tak tau apa maksudnya. Jadi doc tak boleh bagi kata putus sbb dia kata mungkin suspek sakit lain. 
                Dalam hati saya berdoa dan berharap mintak dijauhkanlah penyakit yg tak diingini. 
                Kesian Satina, walaupun masih kecil telah menempuh ujian sebegini, semoga tabah menghadapi ujian ini. Ini adalah bahagianmu wahai anakku, Allah s.w.t lebih mengetahui bahawa Satina kuat menghadapi ujian ini sebab itulah diberikannya kepadamu.
                Saya menulis ini bukan untuk meminta belas simpati dari pembaca tetapi cukup sekadar mendoakan semoga Satina cepat sembuh.Terima kasih kepada yang mendoakan semoga doa kalian dimakbulkan dan dirahmati olehnya. Amin.... 

                October 23, 2010

                Soto Banjar

                Salam ceria semua semoga sihat2 yea. Dah makan tengahari kebelum. Ok ari nie saya nak hidang resepi soto banjar. Emmm memandangkan cuaca panas oklah juga kan makan makanan yang bersup/berkuah nih. Jom kita cuba resepi nih. Resepi asal dari orang Tawau iaitu Adry Sabry. Terima kasih ye Adry kongsikan resepi nih dan saya minta izin mengopy resepinya semoga bertambah rezekinya baaa.

                Bahan Sup
                2 ulas bawang putih
                10 ulas bawang merah
                1 inci halia
                1 sudu kecil lada putih
                1 inci lengkuas
                5 biji buah keras
                3 batang kayu manis, bunga lawang, sedikit cengkih
                2 dada Ayam
                3 batang serai (dipotong).


                Bahan Begedil

                1 biji bawang merah

                3 ulas bawang putih 
                4-5 biji kentang Kentang
                sedikit lada putih
                1 inci halia
                bunga cengkih
                1 biji buah keras
                1 @ 2 biji telur. (secukupnya)

                Bahan Pelengkap
                Nasi Himpit, mee suun, daun sup, bawang goreng, telur rebus,taugeh, ayam (yang telah dicarik), limau, sambal.

                Cara Membuatnya Sup:-
                Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia, lada putih dan buah keras.
                Rebuskan air dan ayam, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan serai.
                Tumiskan bahan yang dikisar halus tadi sehingga naik bau. Kalau air rebusan ayam tadi sudah mendidih masukkan bahan yang telah ditumis, perasakan dengan garam dan sedikit perasa secukupnya.

                Cara membuat begedil:-
                Rebuskan kentang sampai empuk dan lecek halus.Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, lada putih, halia, bunga cengkih dan buah pala. Kemudian campur dengan kentang yang sudah dilecek dan pecahkan 1 atau 2 biji telur dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Buat bentuk bulat-bulat dan celup kedalam telur yang telah dipukul. Goreng dengan api yang sederhana supaya tidak hancur.
                Semasa menghidang, letak nasi himpit, mee suun,taugeh, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan di dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. kemudian letak sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan ketika panas… sluurrrppp. (jangan lupa sambal untuk penggemar makanan pedas.)
                Nota kaki: Kalau nak guna mee kuning pun boleh juga.

                October 20, 2010

                Yong Tau Fu

                Salam tengahari, tak mau cakap banyak, sajian saya ari ni menu ringkas dan mudah. Resepi asal oleh Minami dan saya nak kongsikan resepi ni pada yang nak mencuba. Jom layan....


                Kuah Yong Tau Fu
                Bahan-bahan:- (5-6 orang)
                10 tangkai cili kering 
                1/2 buku gula melaka (diracik)
                segenggam bijan goreng
                gula (secukupnya)
                1 sk garam
                3 cm belacan
                300ml air
                1 sudu besar minyak
                1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh  dgn 50ml air.
                sedikit perasa.


                Cara-cara:-
                1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
                2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dengan sedikit air.
                3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
                4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
                5. Masukkan garam, perasa dan gula (jika gula melaka kurang manis).
                6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama fish ball, sotong ball, Ketam ball, sosej dan lain-lain yang telah dicelup dengan air panas.