Rakan Alam Maya

July 29, 2010

Apam Pisang Kukus

Salam khamis semua......ari nie bangun awal daripada biasa...tak boleh tidur....ntah kenapa tak tau, Teringat kat dapur ada pisang yang Mak Wan bagi semalam masih ada berbaki yang belum digoreng. Tekak nie teringin plak nak makan apam pisang kukus...terus aje kedapur buat apam nih.......memandangkan semua bahan ada jadi saya layanlah dengan pisang kukus nih....resepi nih main campak baling aje dan telah diubah mengikut selera tekak saya la yea... Alhamdulilah menjadi. Resepi asal boleh lihat di sini.
Apam Pisang Kukus
Bahan2:-
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 sdt soda bikarbonat (diayak)
1 sdt baking powder (diayak)
*200 gm pisang masak
*2 biji telur
*secubit garam
*3/4 cawan gula
*3/4 cawan minyak masak
*1 sdt esen vanilla
1 cawan susu cair (saja letak nak cuba kelainan rasa)


Cara2:-
1. Ayak tepung dengan SB dan BP.
2. Campurkan bahan bertanda * dan masukkan kedalam blender. Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan kukusan, dan loyang pengukus. Griskan loyang dengan minyak.
4. Masukkan bahan blender kedalam mangkuk besar dan masukkan sedikit demi dedikit tepung berselang seli dengan susu cair.
5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus sampai masak. (Tutup tudung pengukus dengan kitchen towel supaya air wap tidak terkena pada kuih ).
6. Biar apam sejuk baru potong dan hidang.

July 27, 2010

Sup Telur dan Sambal Tumbuk

Salam hari selasa buat kawan2. Semoga hari ini ceria2 hendaknya. Dah beberapa hari nih komputer saya buat hal lagi, nasib baiklah Mr hubby ada masa nak tolong tengok2kan. Itu pun sebab dia tak ada komputer customer, kalo tak lamalah saya menunggu giliran. Tima kasih yea abang...sayang abang......
Lagi beberapa minggu saja dah nak masuk bulan Ramadan. Kawan2 dah ganti puasa...yang bercakap nih dah ganti ke? (insyaallah sudah...) Hari nie masakan saya ringkas aje, kalo nak cuba silakan, tak paksa kalo tak nak saya tak kisah.....ini resepi biasa-biasa aje, lauk kegemaran anak2 saya. Jom kita tengok.
Sup Telur
Sup Telur
Bahan2:-
6 biji telur ayam (basuh bersih)
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Segengam ikan bilis
*1/2 sudu jintan kasar
*1/2 sudu jintan halus
3 tangkai daun sup (dihiris)
1/2 biji lobak merah (potong dadu)
2 cawan air
sedikit soon
minyak
garam dan perasa secukup rasa
Cara2:-
1. Kisar bahan bertanda *. dan tumis hingga agak garing.(Saya gunakan ikan bilis untuk menggantikan kiub pati ikan bilis)
2. Masukkan air dan diikuti dengan lobak. Setelah mendidih perlahankan api dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila telur separuh masak masukkan soon dan daun sup. Didihkan sebentar dan matikan api. Siap untuk dihidang.
Sambal Tumbuk
Sambal Tumbuk
Bahan:-
19 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan belacan
segengam ikan bilis
sedikit garam, perasa dan gula secukupnya.
Cara2:
1. Goreng belacan dan ketepikan. Goreng pula ikan bilis, bawang, bawang putih dan cili padi. Masak, angkat.
2. Masukkan kesemua sekali bahan gorengan tadi kedalam lesung diikuti garam,perasa dan gula. Tumbuk sampai lumat. Sedia untuk dihidang. (Makan bersama ulam-ulaman spt pegaga, kacang botor, daun tenggek burung dsb).

July 22, 2010

Wanita Sejati

  • Seorang wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya
  • Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari, keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. 
  • Wanita sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
  • Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
  • Wanita sejati bukan dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

July 20, 2010

Sambal Sotong Kembang dan Sawi Goreng Udang

Salam petang selasa semua. Hari nie saya masak ringkas aje. Resepi nih pakai campak baling aje...yang pasti menjadi, jom kita layan resepi nih.....


Sambal Sotong Kembang 
Bahan2:-
2 ekor sotong kembang
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*20 tangkai lada kering
*1 sudu besar belacan
*1 helai daun limau purut (buang uratnya)
1 cawan air asam jawa
garam, perasa dan gula secukup rasa
2 senduk minyak
Cara2:-
1.  Bersihkan sotong dan potong2. 
2.  Kisar semua bahan yang bertanda * dan tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit gula dan kacau sebati.
3.  Masukkan sotong dan biar mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam, dan perasa secukup rasa. Masak dan siap untuk dihidang.




Sawi Goreng Udang
Bahan2:-
5 batang sawi
20 ekor udang
1 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris halus)
Cara2:-
Bersihkan sawi dan potong2. Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan batang sawi diikuti dengan udang, biarkan mendidih dan kacau sebati. Dengan api besar masukkan pula daun
sawi dan kacau sebentar. (saya tak masukkan daun bersama batang sebab tak mau daun lodoh).Matikan api dan siap untuk dihidang.

July 19, 2010

Sotong Goreng Kunyit

Salam tengahari isnin semua. N3 kali nie ringkas aje, Oleh kerana dalam peti masih ada lagi stok sotong jadi masak ajelah sebelum dia bertukar bau dan rasa...jom kita masak....resepi asal dari familyoven lihat disini. Walau bagaimanapun saya telah mengolah resepi ini mengikut selera saya. Terima kasih yea resepinya....saya cnp, mintak dihalalkan.
Bahan:-
600 gm sotong sederhana besar
1 labu bawang besar-dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
10 tangkai cili padi
1/2 biji lobak merah - potong dadu
1 inci kunyit - ditumbuk
garam & perasa secukup rasa
1 1/2 senduk minyak masak
2 sudu besar air asam jawa.


Cara2:-
Sotong yang telah dibersihkan dipotong bulat dan lumurkan dengan kunyit. Panaskan minyak dan masukkan halia, bawang putih dan cili padi, tumis sebentar hingga naik bau dan masukkan hirisan bawang, lobak merah dan diikuti dengan sotong. Perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa dan masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sebati dan biar mendidih hingga masak. Jangan terlalu lama memasak kerana sotong akan jadi liat. Siap untuk dihidang.

July 18, 2010

Kari Ikan Ayam

Salam hari minggu semua.N3 hari nie saya nak tepek kari ikan ayam, Ini adalah lauk kegemaran Mr. Hubby. Ada cerita disebalik kari ikan nie...sebelum nie dia tak pernah makan  kari ikan ayam nie...entah mcm mana bila satu hari saya masak kari ikan nie dia terus beli tiap2 minggu....memang tak mis..sampai taukeh ikan tu dah tau Mr hubby nak beli ikan apa..ehhh..dah jatuh chinta agaknya ngan kari ikanku ini....hee.hee.heee
Jom kita layan resepi nih...
Bahan2:-
1 ekor ikan ayam (saiz sedang potong2)
1 inci halia (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
15 tangkai lada kering (kisar)
1 paket rempah kari ikan Mak Siti (jadikan pes)
1 rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
1 biji tomato belah empat
1 cawan air asam jawa
Garam dan perasa secukup rasa.
1 cawan santan pekat (letak boleh tak letak pun ok) saya tak letak
Cara2:-
Bersihkan ikan, tumiskan bahan kisar diikuti dengan rempah tumis, tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan pes kari dan kacau sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Masukkan ikan dan tambah lagi sedikit air hingga ikan tenggelam, biarkan mendidih. Kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan perasa secukup rasa. Biarkan ikan mendidih lagi dengan api kecil sampai ikan dan kuah benar2 sebati. Bila nak angkat baru masukkan tomato. Siap untuk dihidang.

July 14, 2010

Daging Masak Kicap ala Mak Siti

Daging Masak Kicap ala Mak Siti
Salam petang rabu semua, alahai cuaca kat luar sana tu muram aje, sedih plak rasa...Semalam saya tak masuk n3 sbb agak sibuk sket, bukan sibuk buat keja tetapi sibuk menanam pokok ubi kayu kat tepi rumah. Oleh kerana teruja sangat dengan tapai ubi Kak Busu yang berwarna kuning tu (bukannya tapai tu warna kuning tetapi ubinya yang kuning), tetiba plak diri ini nak tanam batang ubi. Terima kasih Kak Busu bagi batang Ubi tuh....nanti bila dah berbuah saya bagi kak tuk buat kuih & tapai yek....Apa la melalut plak, jom kita kongsikan resepi Mak Siti nie....
Bahan2:-
1kg daging
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
1 paket rempah daging masak kicap Mak Siti (jadikan pes)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 biji tomato belah empat
1 mangkuk air
daun sup dan daun bawang untuk hiasan.
minyak untuk menumis.
Cara2:-
1. Potong daging dan basuh bersih.
2. Tumiskan bawang, halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan pes rempah daging masak kicap Mak Siti. Kacau sebati.
4.Masukkan daging dan biar mendidih sehingga daging empuk. Kalau daging belum empuk tapi air dah nak kering tambah lagi sedikit air. Biar daging betul-betul empuk kemudian barulah masukkan kicap pekat dan kicap manis. Kacau sebati. Bila kuah dah nak kering barulah masukkan tomato. Siap untuk dihidang. hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

July 12, 2010

Kuih Keria Keledek

KUIH KERIA KELEDEK 
(gambar hiasan)


Salam petang isnin semua...menu petang nie apa yea.....rasanya tak dan nak buat, tapi saya nak tepek gaklah resepi ni, takut nanti terlupa....Sebenarnya baru aje nak gi kedai cari keledek merah untuk wat kuih keria....boleh gitu....Kuih ni kuih tradisional dan saya yakin org modern skrg nie ramai yg tak tau nak buatnya walaupun nampak senang tapi saya wat nie ntah kali yg keberapa yea (tak tau la...) tak berapa nak menjadi, keras la, liat la...harap2 kali nie menjadila yea....jom kita cuba...


Bahan2:
600pm keledek merah/putih
150gm tepung gandum
1/4 cwn gula putih
minyak untuk menggoreng
garam secukupnya.


Cara2:-
1. Bersihkan keledek dan rebus hingga masak.
2. Setelah masak buangkan kulitnya dan lecek hingga halus. Kemudian gaul bersama tepung dan garam sehingga sebati.
3. Ambil 1 camca adunan tadi dan bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan kedalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng hingga kekuningan. Setelah semua selesai ketepikan. 
5. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering. Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.

July 11, 2010

Tahu Goreng Telur

Salam tengahari minggu semua.....n3 kali nie ringkas aje. Masak yang simple tapi sedap. Nak masak ayam...semalam dah masak ayam ari nie masak telurnya pulak....jom kita layan resepi nie.
Tahu Goreng Telur
Bahan2:-
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*20 tangkai lada kering (nak lebih pedas tambah lagi)
*2 helai daun limau purut (buang uratnya)
3 biji kentang - hiris nipis dan digoreng (kentang yg sedap warna dalamnya kuning)
5 biji telur digoreng
3 keping tahu - belah dua dan digoreng.
Air asam jawa secukupnya (1 cawan )
Garam, gula dan perasa secukup rasa.

Cara2:-
Blend semua bahan bertanda * kemudian tumis menggunakan minyak bekas gorengan telur tadi.
Kacau sebati hingga agak garing dan masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.
Masukkan pula air asam jawa dan diikuti dengan tahu, kentang dan telur.
Biarkan mendidih seketika dan matikan api. Siap untuk dihidang.



July 7, 2010

Mee Kuning Sira Pedas

Salam rabu semua. N3 kali nie simple aje, buat kudapan untuk anak2 sambil nonton katoon. Jom kita layan resepi nie......maaf ye...gambar tak sempat nak ambik.


Bahan2:
1kg Mee Kuning
20 tangkai lada kering (kalo nak lebih pedas lebihkan lada)
3 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng.


Cara2:
Masukkan mee kedalam dulang dan angin2kan lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng mee sampai garing (macam goreng maruku). Goreng sampai habis.
Sementara itu blender lada kering dan bawang putih.
Tumis bahan blender tadi sampai agak garing dan masukkan gula dan garam secukup rasa.Kacau sampai agak garing dan masukkan mee yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Setelah siap sejukkan sampai betul2 sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Note: Boleh juga tambah dengan kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.

July 6, 2010

Mee Kari Kerang ala Shida


Mee Kari ala Shida
Bahan untuk kuah karinya:- 
Satu senduk minyak masak 
*1 labu bawang besar  
*4 ulas bawang putih  
*1 inci halia 
*1 batang serai
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit santan cair jadikan pes
*15 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari (tak letak sbb tak ada) 
1 biji bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
*1 bungkus udang kering (RM1-rendam dan blend)
semangkuk santan pekat (400ml)
1000ml santan cair 
1 bungkus fish ball (belah 2)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan kemudian blender dan ambil airnya)
11/2 kilo kerang  
RM1 sawi
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
Bahan-bahan sayuran: 
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
4 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
3 keping tauhu (dihiris nipis dan digoreng)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Cara2:
Kisar bahan bertanda * dan tumis bahan kisar bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau dan agak garing.
Masukkan pes kari,dan diikuti daun kari kacau sebati. 
Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair.
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, kerang, fish ball, fish cake,dan tahu goreng diikuti dengan air blender kulit udang dan biarkan dengan api yang sederhana.
Masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan sawi.  Kacau sehingga mendidih.  Matikan api.
Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak, sambil tu bolehlah  celurkan mee dan taugeh. 
Masukkan mee kedalam mangkuk atau pinggan dan hiaskan dengan taugeh,bawang goreng, cili mayang, daun sup/bawang, telur rebus dan siramkan kuah kari tadi diatas mee. Selamat menjamu selera.


July 1, 2010

Kuih Ketayap

Salam petang khamis dan ceria pada kawan2 dan pengunjung blog nih....Hari nie cuaca redup aje....hujan renyai2 dari tengahari tadi sampai la kepetang. perut pun mula berirama.....bukan keroncong..., bukan dangdu.....t tapi apa eak...entahlah mulut nie pun rasa nak mengunyah aje......dengan cuaca yg redup gini rasa syahdu pulak hati ini....tetiba pulak teringatkan emak dan kenangan dolu-dolu.....ialah biasanya waktu petang2 gini emak raji buat minum petang. Balik keja dah ada hidangan best tuh....(alahai itu semua tinggal kenangan). Oklah dah merapu plak haku nih...Jom kita layan resepi simple nie untuk wat minum petang....


 Kuih Ketayap @ Dadar Gulung
Bahan2 Untuk Inti:-
1/2 biji kelapa marut (kelapa agak muda)
1/4 cawan gula kabung
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1/4 cawan air


Cara penyediaan Inti:-
1) Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan masak atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga separuh kering. Angkat dan ketepikan.


Bahan2 untuk kulit:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan
1/2 cawan susu segar / susu cair
1 biji telur
1/2 sudu teh garam


Cara Penyediaan Kulit:-
1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2. Panaskan kuali leper dan sapu rata dengan minyak masak atau marjerin.
3. Tuangkan sesenduk adunan dan lengang-lengangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4. Ratakan kulit, letak sedikit inti ditengah-tengahnya. Lipat bahagian kanan dan kiri. Gulung kemas-kemas dan buat hingga habis.
Sedia untuk dihidangkan..