Rakan Alam Maya

August 28, 2010

Taktik menculik kanak-kanak di shopping complex

Salam sabtu buat teman2 semua. dah shoping baju raya ke? esok hari minggu mungkin dah ada yg plan nak shopping untuk raya, so berhati-hatilah dengan anak kecil yang montel lagi mongel tu supaya tidak terlepas dari tangan ibubapa. Maklumlah malang tidak berbau.....apa yang penting sentiasalah awasi anak2 anda....terima kasih kepada munna atas perkongsian ini.




SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU..
Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.
SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA.

August 21, 2010

Dodol Rempah

Salam Sabtu semua. Bulan pose nih rasa malas sangat nak masuk n3 ntah kenapa tak tua la cik...walau apapon semalam saya tak keja dan sempatlah juga saya mengacau dodol rempah. Resepi asal saya tukil dari rsepi Pak Ali tapi saya dah toko tambah sket untuk memenuhi selera tekak saya nih. Jom kita tengok resepi nih....dodol nih saya buat awal untuk makan2 bukan tuk raya nanti dah dekat2 nak raya saya kacau lagi untuk para tetamu yg hadir...insyaallah....
Bahan2:-
500g tepung pulut
1kg pati santan (kalau kelapa parut guna 4 biji + 4 cawan air = kurang lebih 1200ml santan)
1 sdm serbuk kulit kayu manis (saya tambah sendrik)
3 cawan gula merah* (saya guna gula melaka aje)
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
3 helai daun pandan*
(masak bahan bertanda * hingga hancur - sejukkan) 


Cara2-
1. Tapis air gula dalam tepung. Kacau dengan pemukul telur supaya tak berketul-ketul.
2. Campurkan santan, serbuk kayu manis dan kacau sebati.
3. Masukkan dalam kuali & kacau atas api yang sangat kecil.Sebelum adunan menjadi pekat perlu dikacau selalu, supaya tidak bergentel2. Bila dah mula pekat kacau sekali sekala supaya tak hangus. Tapi jangan ditinggalkan.
4. Kacau sehingga nampak berminyak dan tak lekat ditangan bila dicuit dengan jari.
5. Masa mengacau lebih kurang 4-5 jam supaya dodol tahan lama. Tapi saya masak 3 jam aje sbb tak sampai seminggu pasti abis....hee.hee.heee
(Saya guna kuali tak melekat senang dan sangat mudah untuk mengacau adunan).

August 18, 2010

Salam Ramadan Al Mubarak

Salam rabu dan salan ramadan semua. Dah lama saya tak masukkan n3. Sejak dari awal pose tempohari memang saya tak ngadap PC nih, bukannya apa anak kecil saya Umar tak berapa sihat  kena demam panas. Ditambah lagi dengan ketandusan idea untuk mengarang. Ntah kenapa demam kali nih Umar tak mahu berenggang langsung dengan saya, demamnya kali nih pun agak lama juga hampir seminggu. Siang panasnya kurang dan Umar masih boleh lari kesana kemari tetapi malam mak oiii panasnya mendadak.....risau plak dibuatnya......tapi sekarang alhamdulilah sekarang dah baik demamnya tinggal batuk2 dan selsema aje. 
Bulan2 pose nih rasanya kuranglah sket masuk n3 pasal makanan, nak kata tak masak, masak juga tapi nak snap gambar tu yg malas tuh....apa pun saya nak kongsikan rasepi masakan yang saya buat untuk berbuka dan untuk moreh.....resepi asal boleh lihat kat sini.....dan kat sini juga. Terima kasih pada CMG dan Yatie atas resepinya dan minta dihalalkan yea....


DONAT SURIA (untuk moreh )
Bahan-Bahannya :-
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur 
1/2 camca teh garam
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikit lagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 - 45 minit hingga naik.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...oleh kerana saya buat dgn acuan agak kecil menghasilkan kurang lebih 25 biji donat.
gambar ihsan
KUIH LAPIS SERIWARNA (untuk berbuka)
Bahan-bahan:-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah,kuning dan coklat
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 cawan adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 cawan adunan coklat dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna kuning dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna coklat.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

August 10, 2010

Ramadan Mubarak

Salam selasa semua, alhamdulilah syukur dengan limpah kurnianya insyaallah esok umat islam akan menyambut ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa dengan sepenuh hati dengan penuh rasa keimanan dan ketakwaan, insyaallah.........
(mcm ustazah la plak) Ok bagi ibu2 jangan lupa bangun awal2 untuk siapkan makan sahur untuk suami tercinta, anak2 tersayang dan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah. Bagi yang tak boleh puasa tu kena bangun juga sebab nanti anak2 tanya kenapa kakak/adik (perempuan) 'anu' tu tak bangun sahur. Ha...apa nak jawab?.......
Dan masa nak berbuka plak janganlah masak @ beli sampai berlebihan....jangan membazir......membazir tuh amalan Syaitan....Kalo dah berlebihan masak hantar aje kat Masjid insyaallah abis dimakan tak terbuang....
Selamat menjalani ibadah puasa esok hari untuk semua teman2 blogger.......

August 5, 2010

Sizzling Yee Mee

Salam khamis semua.
N3 kali nih saya nak tepek resepi kegemaran keluarga. Selalunya saya membeli aje tak pernah membuatnya tapi kali nih saya nak cuba membuatnya sendiri dan hasil daripada saya mengoggle dari dapur ke dapur maka terjumpalah saya resepi nih dirumah Farra Dhelina dan diweb ini. Dah minta izin pun ngan dia, tima kasih Farra & mintak dihalalkan ye resepinya. 
Saya bercadang nak buat sebelum puasa, yelah lagi dua tiga hari lagi nak masuk bulan ramadan. Biasanya saya buat Yee Mee Sup, tapi kali nih nak tukar selera pulak, saya nak goreng dan ikut resepi nih....
Sizzling Yee Mee
Bahan2:-
  • 5 ulas bawang putih di racik halus
  • 1/2 inci halia (hiris nipis) 
  • 3 tangkai cili kering (potong 3) 
  • 3 pokok sayur sawi (dipotong)
  • 1 biji carrot (potong ikut citarasa)
  • 1 keping dada ayam (potong ikut citarasa)
  • 6 ekor udang
  • 3 ekor sotong (potong ikut citarasa)
  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering) - rendam sehingga agak lembut dan potong 4. 
  • serbuk lada hitam (saya tambah)
  • 3 sudu besar kicap kipas udang (manis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2-3 sanggul yee mee 
  • garam secukup rasa dan sedikit minyak untuk menumis.
Bahan2 Perap :

  • Ayam/udang/sotong di perapkan sebentar bersama kicap kipas udang,sos tiram & kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan seketika.
Cara2nya :
  1. Tumiskan bawang putih, cili kering & halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang diperap tadi, kacau dan masak sampai empuk sikit.
  3. Diikuti dengan sayur-sayuran.
  4. Masukkan cendawan yang telah direndam tadi.
  5. Masukkan 2 cawan air panas,(cepat menggelegak) hehe.
  6. Bila dah menggelegak masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  7. Sementara biarkan kuah masak, panaskan kuali lain tanpa minyak.
  8. Sangai kanyee mee agak2 dia nampak kering skit.
  9. Kemudian masukkanlah kuah yang tadi tu ke dalam kuali yang ada ada yee mee tuh.
  10. Siap dan boleh hidang bersama cili jeruk.

August 3, 2010

Salad Pink Jambu

Salam malam Selasa semua, ari nih lewat sket masuk n3, cuaca ari nih pun agak panas, pagi tadi sempatlah saya jolok buah jambu air kat tepi rumah bagi kat jiran2 dan yang selebihnya saya buat "salad pink jambu" untuk makan2 dalam cuaca yang agak panas nih. Jom kita tengok resepi mudah nih.....
Buah jambu air
sedang masak ranum
salad pink jambu
Bahan2:
20 biji buah jambu
4 sudu makan asam boy (ikut suka)
1 biji buah mangga (tak letak)

Cara2:-
Basuh bersih buah jambu dan belah dua atau empat. Buang bahagian dalam tampok dan biji.
Kupas buah mangga dan potong nipis. Bilas sekali lagi dengan air bersih dan toskan.
Dalam besen besar campurkan buah-buahan dan taburkan dengan asam boy. Gaul sebati dan masukkan tupperware dan tutup. Simpan dalam peti sejuk. Setelah beberapa jam keluarkan dan sedia untuk dihidang.


August 2, 2010

Cinnamon Twists

Salam petang isnin semua, N3 hari ini adalah masakan yang dah lama nak dibuat tetapi tak berkesampaian dan  akhirnya pagi ahad lepas saya berkesempatan untuk mermbuat roti nih. Pergi rumah Hana nampak roti nih lagilah bersemangat dan berkobar2 tangan nih nak menguli tepung. Kebetulan pulak singgah kerumah CMG pun ada roti nih...lagi la.......oleh kerana ini adalah pertama kali saya buat roti cinnamon nih, hasilnya taklah secantik seperti hasil Hana dan CMG. Untuk resepi asal kita lihat disini dan disini. Roti saya agak kehitaman sket tapi rasa masih sedap bagi tekak sayalah. Walaupun hitam bak kata pepatah "hitam2 sitompok manggis walaupun hitam dipandang manis". Amacam boleh gitew.......
Setelah penat menggogle akhirnya dapat resepi yg mudah & telah saya permudahkan bahasanya.
sebelum dibakar, lihat meleleh2 intinya.
Setelah dibakar hasilnya kembang setaman hee.hee.hee
Bahan2:
550g tepung gandum (saya guna 500g aje)
25g yis segar / 8.5g yis kering (saya guna 1 sdm mauripan)
70g mentega cair (saya guna lemak sayur)
210ml susu (saya guna 2sdm susu pekat)
75g gula (saya guna 1sdm aje)
2 butir telur (saya guna 1 biji aje)
secubit garam

Filling
1 sdm serbuk kulit kayu manis
200g gula merah 
85g mentega - cairkan1 butir telur (tak letak)
2 sdm susu (saya guna susu pekat)
sedikit tepung

Cara2:-
1. Masukkan yis dan gula dan sedikit air suam. (Kacau dan biar membuih naik)
2. Masukkan tepung, garam, telur, susu, mentega dan no.1 kedalam pengadun (mangkuk besar). Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya adunan lembik + sedikit2 tepung dan uli lembut.
3. Biarkan adonan selama 1 jam. Tutup atas mangkuk dengan kain tuala bersih. Biarkan adonan naik 2 kali ganda.
4. Sementara itu buat filling dan panaskan oven 185 darjah Celsius (ikut oven memasing).
5. Tumbuk doh dan tabur sedikit tepung dan roll menjadi leper. Lepas itu letakkan filling diatas doh rata-rata. Gulung doh yang telah diletak filling ketat-ketat  dan potong 2 atau 3".
6. Gris dulang pembakar dengan marjerin dan letak doh yang dah dipotong tadi. Tutup atasnya dengan kitchen towel bersih dan biarkan naik sekali lagi. Setelah naik sedia untuk dibakar. Sapu kuning telur diatas roll sebelum dibakar.


Untuk Filling, 
1. Masak gula merah dengan sedikit aje air. (Biar gula mencair dan masak hingga pekat, sejukkan dan tapis)
2. Masukkan serbuk kayu manis, mentega, susu, air gula merah & sedikit tepung. Kacau sebati diatas api kecil hingga agak pekat (jadikan pes)