Rakan Alam Maya

August 2, 2010

Cinnamon Twists

Salam petang isnin semua, N3 hari ini adalah masakan yang dah lama nak dibuat tetapi tak berkesampaian dan  akhirnya pagi ahad lepas saya berkesempatan untuk mermbuat roti nih. Pergi rumah Hana nampak roti nih lagilah bersemangat dan berkobar2 tangan nih nak menguli tepung. Kebetulan pulak singgah kerumah CMG pun ada roti nih...lagi la.......oleh kerana ini adalah pertama kali saya buat roti cinnamon nih, hasilnya taklah secantik seperti hasil Hana dan CMG. Untuk resepi asal kita lihat disini dan disini. Roti saya agak kehitaman sket tapi rasa masih sedap bagi tekak sayalah. Walaupun hitam bak kata pepatah "hitam2 sitompok manggis walaupun hitam dipandang manis". Amacam boleh gitew.......
Setelah penat menggogle akhirnya dapat resepi yg mudah & telah saya permudahkan bahasanya.
sebelum dibakar, lihat meleleh2 intinya.
Setelah dibakar hasilnya kembang setaman hee.hee.hee
Bahan2:
550g tepung gandum (saya guna 500g aje)
25g yis segar / 8.5g yis kering (saya guna 1 sdm mauripan)
70g mentega cair (saya guna lemak sayur)
210ml susu (saya guna 2sdm susu pekat)
75g gula (saya guna 1sdm aje)
2 butir telur (saya guna 1 biji aje)
secubit garam

Filling
1 sdm serbuk kulit kayu manis
200g gula merah 
85g mentega - cairkan1 butir telur (tak letak)
2 sdm susu (saya guna susu pekat)
sedikit tepung

Cara2:-
1. Masukkan yis dan gula dan sedikit air suam. (Kacau dan biar membuih naik)
2. Masukkan tepung, garam, telur, susu, mentega dan no.1 kedalam pengadun (mangkuk besar). Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya adunan lembik + sedikit2 tepung dan uli lembut.
3. Biarkan adonan selama 1 jam. Tutup atas mangkuk dengan kain tuala bersih. Biarkan adonan naik 2 kali ganda.
4. Sementara itu buat filling dan panaskan oven 185 darjah Celsius (ikut oven memasing).
5. Tumbuk doh dan tabur sedikit tepung dan roll menjadi leper. Lepas itu letakkan filling diatas doh rata-rata. Gulung doh yang telah diletak filling ketat-ketat  dan potong 2 atau 3".
6. Gris dulang pembakar dengan marjerin dan letak doh yang dah dipotong tadi. Tutup atasnya dengan kitchen towel bersih dan biarkan naik sekali lagi. Setelah naik sedia untuk dibakar. Sapu kuning telur diatas roll sebelum dibakar.


Untuk Filling, 
1. Masak gula merah dengan sedikit aje air. (Biar gula mencair dan masak hingga pekat, sejukkan dan tapis)
2. Masukkan serbuk kayu manis, mentega, susu, air gula merah & sedikit tepung. Kacau sebati diatas api kecil hingga agak pekat (jadikan pes)

No comments: