Rakan Alam Maya

October 27, 2010

Karipap Pusing

Ari ni saya belajar buat karipap pusing. Sebenanya dah lama saya simpan resepi ni, resepi ni saya dapat dari dapur Kak Rinchan. Dalam dapur Kak Liza pun ada juga. Setahun jugalah saya memendam rasa nak cuba buat karipap ni tapi tak ada kesempatan. Oleh kerana keinginan nak makan hasil buatan tangan sendiri sampai ketahap gaban, dirajinkan jugalah diri ini untuk membuatnya. Hasil percubaan pertama tak berapa menjadi. Kulit karipap tak berapa berlapis2 dan tak berapa rangup. Ini bukan kesilapan pada bahan tetapi mungkin kesilapan teknik dan dari saya sendiri. Maklumlah tak pernah buat, tetapi saya tak akan berputus asa, saya akan mencuba, mencuba dan mencuba lagi sampai jadi. Ada sesiapa yang tahu tips untuk kulit karipap rangup dan tahan lama, kalau ada kongsi2kanlah ye dgan saya. Satu lagi bab mengelim bhg tepi tu, puas belaja tapi tak jadi2 juga...hai malunya dah jadi mak orang baru nak belajar....hee.hee.hee


KARIPAP PUSING
Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam
Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut


Cara

  1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.
  2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
  3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
  4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.Buat kesemua bebola sehingga habis.
  5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
  6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hujung jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
  7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.
Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging (hiris kecil)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
500 gm ubi kentang (potong dadu) 
1 s/b rempah kari daging (bancuh dgn sikit air)
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
  2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
  3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air. 
  4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
  5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.

No comments: