Rakan Alam Maya

October 17, 2010

Makanan Ringan (Snek)

Makanan Ringan
Tahukah anda kekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.


Apakah makanan ringan yang berkhasiat?
Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.
Buah-buahan
Minuman penghilang dahaga : 
  • air kosong
  • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
  • susu segar
Buah-buahan dan kekacang:
  • buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
  • sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun 
  • Sayur-sayuran segar
  • kekacang seperti kacang kuda rebus
Makanan yang mengenyangkan:
  • Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.
Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?
Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
  • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
  • Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

No comments: