Rakan Alam Maya

February 18, 2009

Pasembor Kokdiang BAHAN KUAH :-) 200 g ubi kentang* 300 g ubi keledek*(*rebus empuk dan lecek halus) 200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan ಕಿಸರ್ 70 g bawang besar*20 g bawang putih*(*एयरhalus) 50 g gula merah (mat guna gula melaka) 3 camca besar cili किसर (boleh tambah atau kurang) 60 ml jus asam jawa1/2 liter air 60 ml minyak masakGaram dan gula secukup रसा BAHAN LAIN :-) 200 g timun, potong हलुस 200 g sengkuang, kupas dan potong हलुस 200 g taugeh, buang ekor dan celur सेकेजाप 5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji2 keping tauhu, goreng dan hiris2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah) BAHAN CUCUR UDANG :-) 100 g tepung गंदुम 1/2 camca teh soda बिकर्बोनाते 1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak) 125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg diकिसर Garam secukup रसा Beberapa ekor udang (jika suka) CARA MEMBUATNYA :-) UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak। Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah। Tambah garam dan gula secukup rasa। Masak dengan api perlahan sehinga kuah pekat sedikit। Matikan api.

UNTUK CUCUR UDANG :-

Bancuh semua bahan2 untuk cucur udang, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.

UNTUK PASEMBOR KODIANG :-

Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya. Hidangkan segera...resipi untuk kuah tu akan menghasilkan kuah yang agak banyak. Jadi boleh gandakan bahan2 rojak..

February 2, 2009

Doa, sabar perisai kemanisan hadapi kesukaran Al-Quran terkandung pelbagai hikmah supaya manusia mudah terima hidayahTAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya। Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya। Hidayah Allah apabila 'mengetuk pintu hati' seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama। Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.Firman Allah bermaksud: “Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23) Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah dalam tiga keadaan:l Apabila mereka membacanya atau mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran serta memahami maksud ayat itu yang memberi gambaran janji neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah Allah dan khabar gembira dengan janji syurga bagi mereka yang patuh pada perintah-Nya (Imam As-Suddy)l Terpahat dalam hati perasaan khauf (takut) dan raja’ (pengharapan) yang tinggi kepada Allah.l Tersemat dalam lubuk hati mereka keagungan al-Quran dan lembut hati mereka ketika membacanya.Hari ini, umat Islam dipaparkan dengan kezaliman yang berlaku terhadap saudara mereka. Penindasan dan keganasan boleh diungkapkan dengan pepatah, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Doa umat Islam di seluruh dunia dengan iringan tangisan adalah pengorbanan kecil berbanding kesusahan yang dihadapi umat Islam di Palestin. Menangis adalah cara yang boleh melembutkan jiwa dan hati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu masuk (melihat) suatu kaum yang ditimpa azab, melainkan engkau menangis (melihat keadaan mereka), apabila engkau tidak mampu menangis, maka hendaklah engkau berpura-pura menangis sebagai kebimbangan (pengajaran) di atas kamu nanti akan ditimpakan musibah (azab yang sama) yang menimpa mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Runtunan emosi perlu diiringi doa supaya Allah sentiasa mencampakkan kemanisan iman dan kesabaran yang terus segar dan harum menghadapi bencana dicipta musuh. Nabi SAW mengajar umatnya meletakkan kesabaran menghadapi kesulitan dan kepayahan angkara musuh.Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam apabila mendapat bala dan seksaan daripada orang lain supaya berdoa. Sabda Baginda yang bermaksud: “Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Bin Mas’ud katanya, aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang nabi daripada nabi sebelum Rasulullah yang diseksa (dipukul) oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca doa yang bermaksud: Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Umat Islam juga diberi peringatan oleh Rasulullah SAW bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Allah akan menghapuskan dosa seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran.Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Daripada Abu Said dan Abu Hurairah katanya: Tiada seorang Muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenai dirinya melainkan dihapuskan oleh Allah daripada kesalahannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) (Petikan ini diambil dari berita harian)

CUCUR UDANG

CUCUR UDANG Bahan A 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras daun kucai taugeh cili merah [cincang] garam serbuk kunyit minyak untuk menggoreng udang kertas secukupnya Bahan Mesin 1 s/b udang kering 1 labu bawang besar 2 cawan air Cara 1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas. 2. Panaskan minyak. 3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan. 4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak. 5. Biarkan gorengan sehingga garing. 6. Angkat dan toskan. 7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili. SOS CILI Bahan A 10 tangkai cili merah [buangkan biji] 1 cawan air 3 s/b cuka 1 ulas bawang putih [jika suka] 3 s/b sos tomato 2 s/b gula garam Bahan B 3 s/b air 1 s/b tepung jagung Cara 1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus. 2. Masakkan sehingga mendidih. 3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili. 4. Masakkan sehingga nampak pekat. 5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang."

KUIH LAPIS KELADI

Bahan A: 2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras 2 s/b tepung jagung 1/2 cawan gula 2 cawan santan 1 s/k garam Bahan B 1/4 cawan air 1 s/b pes keladi pewarna purple Bahan C 1/2 cawan keladi parut 1/2 cawan air Cara: 1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian. 4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian. 5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan. 6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit. 7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit. 8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis. 9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan"

BINGKA JAGUNG & KUIH TALAM KACANG HIJAU

Bahan 1 cawan susu cair 1 1/2 cawan air 2 biji telur ayam 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad 1 tin jagung krim dalam tin 3/4 cawan gula 1 s/b butter/majerin cair Cara 1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci. 2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. 3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam. 4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang. KUEH TALAM KACANG HIJAU Lapisan bawah - [kacang hijau ] 1 cawan kacang hijau[rebus lembut dan mesin halus sikit] 2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung ubi 1 cawan gula 3 cawan santan cair + sikit garam pewarna merah Cara 1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan 3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata. 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit. Lapisan Atas - [santan ] 1 cawan tepung beras 3 cawan santan pekat 1 s/k garam sikit Cara. 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2. 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. 3. Kukus lagi selama 25 minit. 4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

KUIH BAKAR

Bahan 2 cawan tepung gandum 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend] 1 cawan gula pasir 3 biji telur B 2 s/b majerin 1 s/k garam 1/2 s/k pewarna hijau Bijan goreng tanpa minyak Cara 1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah. 2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ] 3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak. 4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi. 5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

February 1, 2009

DOA

Doa sembuhkan tulang patah PetuaAyat 78 dan 79 surah Yaasin tu maksudnya macam nie..[78]Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?” [79]Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); Khasiat ayat ni diberikan oleh penceramah Dr Fatimah Zahra.. orang Arab yang kahwin orang Kelantan tu.. Caranya.. sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi. Air tu buat minum dan sapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah utk sembuhkan pesakit. Sebenarnya, apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Ape pun.. ikut pengalaman lepas.. kalau selalu beristikharah.. kita tidak akan menyesal dengan apa pun keputusan yang kita buat… sebab ianya di pandu oleh Allah.