Rakan Alam Maya

April 18, 2011

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum.
Terima kasih Allah. Terima kasih Allah kerana mendatangkan ilham kepadaku untuk membina satu lagi blog untuk saya berbisness. Ilham ini datang setelah saya mengingati akan keinginan atau lebih sedap dipanggil impian seorang anak. 


Inilah impian arwah anak saya yang mana bila besar nanti ingin ada butik sendiri. Walau bagaimanapun impian ini tidak kesampaian, jadi sebagai kesinambungan biarlah saya meneruskan impian dan cita2 arwah anak saya itu dimana saya telah membuat satu blog niaga yang diberi nama ( Satina's Stuff).


Butik Satin's ditubuhkan pada April 2011 dimana butik ini menjual tudung, kain pasang, baju siap lelaki, wanita dan kanak2, pakaian muslimah, telekong dan sebagainya. Butik ini masih lagi dalam pembikinan dan belum siap sepenuhnya. Setakat ini Butik Satin's hanya menjual tudung yang kini sedang hangat dipasaran. 


Butik Satin's sedang mencari supplier yang boleh membekalkan kain pasang, baju siap, jubah, telekong dan sebagainya yang berkaitan, dengan harga yang murah dan berpatutan serta berkualiti. Kepada supplier yang terbaca sila hubungi saya melalui email angsaputih08@gmail.com agar kita dapat berdiskasi.


Semoga harapan dan impian ini dapat saya laksanakan dengan sebaik mungkin. Insha-Allah...segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya.

April 11, 2011

Kwey Teow Berkuah


Apa kaba suma....salam di hari isnin moga ceria n santai ya...ari ni saya nak kongsikan resepi yang mudah yang pastinya berkuah. Yela musim panas2 ni seleranya yang berkuah aje, jom kita cuba resepi mudah nie......oh ya sebelum telupa resepi ni saya dapat dari buku "Resepi Sajian Wanita Pulai 2005."

foto ehsan dari mr gooogle
Bahan-bahannya:-
1 kg kwey teow
3 ulas bawang putih dicincang
4 sudu makan kicap pekat 
Cara-caranya:-
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan mee dan kicap digaul rata dan masak seketika. Diangkat masukkan dalam mangkuk besar.

Bahan untuk kuahnya:-
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu teh lada sulah
50gm kacang sepat
50gm bunga kubis
1 btg lobak merah dihiris bulat
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil
1 mangkuk udang dibersihkan
1 mangkuk sotong dibersihkan dan dikelar2
500ml air rebusan ayam
2 sudu teh tepung jagung
5 sudu makan minyak
Cara-caranya:-
Panaskan kuali, tumis bahan kisar, bila naik bau masuk isi ayam, udang, sotong dan lobak merah. Kacau rata dan masukkan air rebusan. Masukkan garam , serbuk perasa dan lada sulah. Setelahh mendidih masukkan bunga kobis dan kacang sepat. Bila empuk tuang kedalam mee. Boleh makan bersama lada jeruk.





April 10, 2011

Blueberry Cheese Tart

Dah lama saya simpan resepi BCT ni. Walaupun belum ada kesempatan nak membuatnya adalah lebih baik saya simpan dlm n3 ni sebab saya ni pelupa orangnya. Siapa tahu entah esok atau lusa diri ini digerakkan oleh Allah untuk membuat kuih ni. Jadi tak payahlah nak tercari-cari kat mana resepinya. Kalo ada sesiapa yang nak berkongsi resepi silakan....


Sumber carian: CitarasaWan
blueberry cheese tart (gambar ehsan dari mr goooogle)

Bahan Pastry Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk 
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara
1.  Satukan gula kaster dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu).  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus 

Filing  :  Blueberry
(Masukkan ke dalam piping bag) 

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.  Masukkan telur, jus lemon putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.

2.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
3.  Ambil kulit tart, pipekan sedikit  filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
4.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
5.  Bakar sekejap selama 5-8 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.

April 7, 2011

Nasi Lemak vs Sambal Tumis





Salam khamis buat pembaca yang sudi singgah kat sini ya, semoga hari ini dilalui dengan penuh keceriaan dan santai. Untuk n3 kali ni saya nak kongsikan resepi kegemaran mr hubby n anak-anak. Sebenarnya resepi ni saya dah masak dua hari lepas tapi tak sempat nak masuk n3 so jadi list tertundalah. okeylah jom kita layan....


Nasi Lemak
Bahan-bahan:-
3 cawan beras 
3cawan air
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
1 inci halia


Cara-cara:-
1. Sukat dan bersihkan beras.
2. Masukkan kesemua bahan diatas dan masak nasi macam biasa. Bila nasi dah mula nak kering kacau rata supaya nasi yang kat bahagian atas tu masak.
3. Kecilkan api dan tanak lebih kurang 8 minit atau sampai masak (saya guna dapur gas).


Sambal Tumis Ikan Bilis 
Bahan-bahan:-
1 cawan ikan bilis (dicuci, toskan dan goreng)
1 labu bawang besar (dipotong kasar sedikit)


Bahan kisar:-
15 tangkai cili kering (direndam dlm air panas selama 15 minit)
5 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)
1/2 cawan air asam jawa
garam, perasa dan gula secukup rasa


Cara-cara:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. Tumis lama sedikit supaya tahan lama dan sedap rasanya. Masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan sedikit air. (Ikut suka kalau nak berkuah lebih banyakkan airnya dan kalau nak pekat kurangkan)
2. Masukkan air asam jawa, gula, bawang yang telah digoreng dan ikan bilis. Kacau rata dan perasakan asam/garam dan manisnya.
3. Matikan api dan siap untuk dihidang.


Lauk sampingan: kacang tanah goreng, timun dan telur rebus.
Nasi lemak ni boleh dimakan waktu pagi atau petang....




April 4, 2011

Gulai Lemak Nangka


Bahan-bahannya:-
600 gm nangka muda (dipotong kecil2 dan direbus hingga empuk)
600 gm babat atau tetel (direbus hingga lembut & potong kecil2)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 sudu besar ketumbar disangai
1 cm halia
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar udang kering yang telah ditumbuk
1 batang serai dititik
1 inci lengkuas diketuk
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tumbuk ketumbar, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, udang kering bersama serbuk kari sampai lumat.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk. Panaskan sambil dikacau supaya santan tak pecah minyak
3.Kacau sebati dan setelah mendidih perasakan masinnya.
4.Siap dan sedia untuk dihidang.
Nota kaki:- Kalo tak ada babat /tetel boleh juga guna ayam atau ikan masin.

April 1, 2011

Sup Bee Hoon

 Bahan-bahan tumbuk (*):-
*1 paket kecil bebola daging
*1 labu bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
4 pokok sawi hijau dipotong2
2 pelepah daun sup dipotong2
2 sudu besar rempah sup (bancuh dengan sedikit air)
sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
garam dan perasa secukupnya
Bee Hoon (dicelur dengan air panas)


Cara-cara:-
1. Tumbuk semua bahan kecuali bee hoon, sawi dan daun sup.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan pula rempah sup dan kacau sebati.
3. Masukkan daging dan air secukupnya dan biar mendidih.
4. Masukkan sawi dan daun sup. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih sekejap dan matikan  api. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidang.