Rakan Alam Maya

November 15, 2009

Pie Epal dan Cranberries

sumber: Mat Gebu
Bahan Pastri:
200g tepung halus (atau tepung gandum)
80gm mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50ml air ais (kurang lebih)

Bahan Inti:
2 biji epal merah @ hijau
1/4 cawan dried cranberries (boleh ganti dgn kismis
1 1/2 camca besar gula perang
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur utk disapu atas pie.

Cara membuatnya:
Untuk Pastri
1. Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.

Untuk Inti
1.Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata.Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih kedalam bekas, biar inti sejuk.

Untuk Pie Epal & Cranberries:
Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3-4mm. Alihkan kedalam tin tart berdiameter 6" yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihnya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihnya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan  garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.

November 14, 2009

Sup Ayam Lengkuas

sumber: chef dino
Bahan2:
500 gm dada ayam, iris tipis melebar
1 cm lengkuas, iris tipis
2 batang serai, dipecahkan
5 helai daun limau purut, buang tulang daunnya.
750 cc santan
4 s/b kicap ikan
4 s/b jus limau nipis
15 biji cili padi

Cara2:
1. Panaskan santan, masak hingga mendidih, lalu masukkan lengkuas, serai dan daun limau purut, didihkan.
2. Masukkan ayam, kicap ikan, jus limau nipis dan cili padi, gaul rata dan masak sampai seluruhnya matang, angkat.

November 11, 2009

Nasi Udang Ketam Koko

sumber & gambar ihsan dari: Inspirasi koko 

Bahan2:
(Utk 2 org)
2 cawan beras
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
2 cawan air
1 cawan susu cair
2 s/b lemak koko
1/2 s/k serbuk koko
20 gm Rempah kasar (kulit kayu manis,bunga lawang,pelaga dan cengkih)
2 ekor ketam bunga
1 s/b serbuk kari
4 ekor udang besar
2 tangkai daun pudina
1 helai daun pandan
100gm kacang badam (digoreng)
garam secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan lemak koko dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia didalam periuk atau periuk nasi elektrik), serbuk kari dan serbuk koko.
2. Kemudian masukkan pula air, susu cair, garam, dan daun pandan.
3. Selepas mendidih masukkan ketam dan beras kacau seketika dan tutup.
4.Akhir sekali apabila nasi hampir kering, masukkan kacang badam dan daun pudina.

November 9, 2009

Nasi Dagang Terengganu (1)

sumber mamadzie Nasi Bahan2: (Untuk 25 orang) 1 gantang (2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh & direndam selama 8-9 jam 12 ulas bawang merah dimayang 1-2 inci halia (dihiris halus2 panjang) 1-2 s/b halba Santan dari 3 biji kelapa (santan pekat 900ml= 1 cetong) dan santan cair satu setengah cetong (guna air masak utk perah santan) 1 s/b gula segengam garam Untuk Lauk 4 ekor ikan tongkol yg besar direbus bersama satu keret besar nisan (gula melaka), segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti. Untuk Kuah 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis segenggam lengkuas setelah dihiris 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk) 1 labu bawang putih (yg besar) 2 inci halia 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit 1 1/2 bungkus cili boh yg RM1.20 sebungkus kerisik dari 1/2 biji kelapa 4 keret besar gula melaka santan dari 4 biji kelapa (kepekatan biasa, jgn cair) 2 inci kulit kayu manis Untuk Acar 3 biji timun 1 btg karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong2 digaul bersama garam, gula dan cuka secukup rasa) Telur rebus 12-13 biji Cara2: Cara2 memasak kuah: 1. Semua bahan untuk kuah diblender kecuali kerisik,nisan,santan dan kulit kayu manis. 2. Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan2 yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis. 3. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekala. (Masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yg demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sadin dlm tin). Cara-cara masak nasi: 1. Beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba. 2. Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap. Nota: Resepi ini tak guna beras pulut sebab guna beras wangi, hasilnya sama mcm guna beras pulut. Dan kalo nak cepat masak (utk kuah) dan tulang ikan jadi lembut guna pressure cooker.

November 3, 2009

Mee Kari

Sumber rujukan Kak Liza Bahan 1kg Mee kuning (celur dan toskan) Taugeh (50sen) Bawang goreng Bahan Hiris/potong kecil: Tahu (gorengkan) Daun bawang dan daun sup Cili merah Limau kasturi/limau nipis Bahan Kuah: 1/2 kg ayam...potong kecil 200 gm udang 1 paket chicken ball 1 paket fish cake (potong nipis) 2 s/b cili mesin 3 s/b rempah kari dibancuh dengan sedikit air asam jawa. 5 cawan santan (1biji kelapa) minyak garam Bahan Mesin: 2 batang serai 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 5 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih Cara Memasak Kuah: 1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biar naik minyak. 2. Masukkan ayam...fish cake...dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak. 3.Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.