Rakan Alam Maya

November 11, 2009

Nasi Udang Ketam Koko

sumber & gambar ihsan dari: Inspirasi koko 

Bahan2:
(Utk 2 org)
2 cawan beras
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
2 cawan air
1 cawan susu cair
2 s/b lemak koko
1/2 s/k serbuk koko
20 gm Rempah kasar (kulit kayu manis,bunga lawang,pelaga dan cengkih)
2 ekor ketam bunga
1 s/b serbuk kari
4 ekor udang besar
2 tangkai daun pudina
1 helai daun pandan
100gm kacang badam (digoreng)
garam secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan lemak koko dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia didalam periuk atau periuk nasi elektrik), serbuk kari dan serbuk koko.
2. Kemudian masukkan pula air, susu cair, garam, dan daun pandan.
3. Selepas mendidih masukkan ketam dan beras kacau seketika dan tutup.
4.Akhir sekali apabila nasi hampir kering, masukkan kacang badam dan daun pudina.