Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
November 9, 2009
Nasi Dagang Terengganu (1)
sumber mamadzie
Nasi
Bahan2: (Untuk 25 orang)
1 gantang (2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh & direndam selama 8-9 jam
12 ulas bawang merah dimayang
1-2 inci halia (dihiris halus2 panjang)
1-2 s/b halba
Santan dari 3 biji kelapa (santan pekat 900ml= 1 cetong) dan santan cair satu setengah cetong (guna air masak utk perah santan)
1 s/b gula
segengam garam
Untuk Lauk
4 ekor ikan tongkol yg besar direbus bersama satu keret besar nisan (gula melaka), segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti.
Untuk Kuah
1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
segenggam lengkuas setelah dihiris
1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
1 labu bawang putih (yg besar)
2 inci halia
3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
1 1/2 bungkus cili boh yg RM1.20 sebungkus
kerisik dari 1/2 biji kelapa
4 keret besar gula melaka
santan dari 4 biji kelapa (kepekatan biasa, jgn cair)
2 inci kulit kayu manis
Untuk Acar
3 biji timun
1 btg karot
3 biji cili merah besar
2 potong nenas
1/4 kobis (setelah dipotong2 digaul bersama garam, gula dan cuka secukup rasa)
Telur rebus 12-13 biji
Cara2:
Cara2 memasak kuah:
1. Semua bahan untuk kuah diblender kecuali kerisik,nisan,santan dan kulit kayu manis.
2. Masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan2 yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
3. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekala. (Masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yg demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sadin dlm tin).
Cara-cara masak nasi:
1. Beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
2. Kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
Nota: Resepi ini tak guna beras pulut sebab guna beras wangi, hasilnya sama mcm guna beras pulut. Dan kalo nak cepat masak (utk kuah) dan tulang ikan jadi lembut guna pressure cooker.
Label:
Nasi