Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
November 3, 2009
Mee Kari
Sumber rujukan Kak Liza
Bahan
1kg Mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh (50sen)
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil:
Tahu (gorengkan)
Daun bawang dan daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dengan sedikit air asam jawa.
5 cawan santan (1biji kelapa)
minyak
garam
Bahan Mesin:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biar naik minyak.
2. Masukkan ayam...fish cake...dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3.Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Label:
Aneka Mee