Rakan Alam Maya

April 7, 2011

Nasi Lemak vs Sambal Tumis





Salam khamis buat pembaca yang sudi singgah kat sini ya, semoga hari ini dilalui dengan penuh keceriaan dan santai. Untuk n3 kali ni saya nak kongsikan resepi kegemaran mr hubby n anak-anak. Sebenarnya resepi ni saya dah masak dua hari lepas tapi tak sempat nak masuk n3 so jadi list tertundalah. okeylah jom kita layan....


Nasi Lemak
Bahan-bahan:-
3 cawan beras 
3cawan air
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
1 inci halia


Cara-cara:-
1. Sukat dan bersihkan beras.
2. Masukkan kesemua bahan diatas dan masak nasi macam biasa. Bila nasi dah mula nak kering kacau rata supaya nasi yang kat bahagian atas tu masak.
3. Kecilkan api dan tanak lebih kurang 8 minit atau sampai masak (saya guna dapur gas).


Sambal Tumis Ikan Bilis 
Bahan-bahan:-
1 cawan ikan bilis (dicuci, toskan dan goreng)
1 labu bawang besar (dipotong kasar sedikit)


Bahan kisar:-
15 tangkai cili kering (direndam dlm air panas selama 15 minit)
5 ulas bawang merah kecil
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan (ikut suka)
1/2 cawan air asam jawa
garam, perasa dan gula secukup rasa


Cara-cara:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik baunya. Tumis lama sedikit supaya tahan lama dan sedap rasanya. Masak sampai sedikit kering, kemudian masukkan sedikit air. (Ikut suka kalau nak berkuah lebih banyakkan airnya dan kalau nak pekat kurangkan)
2. Masukkan air asam jawa, gula, bawang yang telah digoreng dan ikan bilis. Kacau rata dan perasakan asam/garam dan manisnya.
3. Matikan api dan siap untuk dihidang.


Lauk sampingan: kacang tanah goreng, timun dan telur rebus.
Nasi lemak ni boleh dimakan waktu pagi atau petang....




1 comment:

Lulu (YanRu ) said...

pasal masak@ sye suke er,,, hehe,,
tq coz share,,