Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
June 17, 2009
Choc Moist Cake (III)
Resepi dari kak Ummi dan resepi asal dari Kak Reen.
Bahan-bahan
1 cawan butter/marjerin
1 1/2 cawan gula kastor
3 biji telor
2 1/2 cawan tepung serbaguna
6 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan susu segar
Cara-cara
Preheat oven pada suhu 175C
Griskan loyang 9"x13" dengan mentega dan alas dengan baking sheet. (guna loyang bulat 9" pun boleh).
Ayak bersama tepung, baking powder, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga ringan dan gebu.
Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi. Masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan tepung berselang seli dengan susu dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit. Sejukkan atas wire rack. Hias dengan topping choc.
Label:
Cake