Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
June 17, 2009
Kek Coklat Moist (II)
Resepi dari Kak Ummi
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum } diayak
2 sk baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telor gred A
250 gm butter
2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)
Cara-cara:
Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk.
Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat.
Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C.
**Guna (loyang 21 x 21 x 3 cm)
Label:
Cake