Rakan Alam Maya

June 7, 2009

Chocolate Moist Cake

Resepi dari Noreen Bahan-bahan: 6 oz (170gm) mentega 14 oz (397gm) gula kastor 3 biji telur Bahan2 A - dibancuh: 1 sudu teh nescafe 1 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh chocolate atau coffee emulco / chocolate atau coffee paste Bahan2 B - diayak bersama: 8 oz (226gm) tepung high protein (tepung roti) - boleh juga digunakan self-raising flour atau tepung kek 2 1/4 oz (64gm) serbuk koko 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh soda bikarbonat 1 1/2 sudu teh baking powder 7 oz air sejuk cara: 1. griskan loyang kek saiz 9" dan lapikkan dengan parchment paper, ketepikan 2. pukul mentega dan gula dengan mixer sehingga gebu dan kembang. apabila di angkat adunan tidak jatuh 3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi 4. kemudian masukkan bahan2 A tadi sambil dipukul lagi setelah itu dengan menggunakan whisker, masukkan Bahan2 B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan whisker dengan satu arah sahaja secara perlahan2 sehingga adunan rata dan sebati 5. masukkan air sejuk sambil di kacau lagi sehingga sebati 6. tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin 7. bakar pada suhu 170C selama 50-60 min atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing2 8. setelah siap keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah disapukan dengan chocolate icing Bahan2 untuk icing: 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika takut manis 1 sudu teh esen vanila 1/2 cawan minyak jagung atau ape2 jenis minyak masakan 1/3 cawan serbuk kokosedikit garam cara: 1. campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk 2. masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan menggunakan whisker 3. setelah itu masukkan garam dan esen vanila. kacau lagi 4. tak perlu sehingga adunan sampai menggelegak 5. agak2 kepekatan icing 6. bila dah puas hati dengan kepekatan icing, tutupkan api 7. biarkan icing betul2 sejuk barulah disapukan ke atas kek tadi note: jika inginkan kek lagi moist bolehlah dikukuskan selama 1 1/2 jam dan tutupkan loyang kek dengan aluminium foil