Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
June 7, 2009
Resepi ni haku copy dari Noreen, mintak dihalalkan ye...aku nak buat untuk anak-anak dan dimakan dgn roti.
CREAM KASTAD
Bahan-bahan (lebih kurang 300ml):
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
cara:-
1. masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu.
3. Kacau jangan ada yang berketul- masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau- wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
5. Ulang sehingga pekat- bila dah siap, masukkan mentega. Kacau
note: kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning
Label:
roti (cream)