Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
June 25, 2009
Wajik Durian.
Sekarang ni musim durian. Pegi kat mana-mana mesti ada aje durian longgok. Ada yg sekilo RM4.50, RM3 dan RM1 pun ada. Murah...murah.....murah..... Nulian...nulian....nulian.....hee.heee.hee. macam jual durian plak. Ari nie haku nak N3 resepi nih..kalo sesiapa yg teringin nak makan wajik durian tapi tak tahu nak buat bolehlah copy resepi nie...
Sumber: Hjh Dalilah
Bahan2:-
1kg pulut
100gm gula pasir
11/2 kg gula melaka
1 cawan isi durian (kalo nak letak lebih sikit pun tak apa)
3 helai daun pandan
750gm santan pekat (santan dlm peket / timbang)
sedikit garam
11/2 cawan air
Cara2:-
1. Cuci bersih pulut dan rendam semalaman.
2. Kukus pulut sehingga masak.
3. Sementara itu masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan dengan 11/2 cawan air sehingga gulanya larut. Kemudian tapis.
4. Masukkan santan kedalam gula tadi dan masaklah sehingga pekat dan bertali.
5. Masukkan pula isi durian, kacau rata dan masak lagi sebentar.
6.Setelah itu baru masukkan pulut. Kacau dan masak lagi sehingga adunannya tidak melekat pada kayu pengacau.
7. Setelah masak masuk dalam loyang dan ratakan. Sejukkan potong dan hidang.
Label:
RESEPI (kuih-muih)