Definisi terbaik bagi 'rehat' ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita.
Rakan Alam Maya
June 13, 2009
Sup Ayam Simple
Bahan-Bahannya :
600 g ayam, potong sederhana besar, cuci dan toskan
3 biji kentang (besar), kupas, dan potong
1 kiub ayam "Knoor"
2 liter air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang*Bawang goreng*(*untuk hiasan)
Bahan Kisar :
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 camca teh lada hitam biji
2 inci halia
Bahan Tumis :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara membuatnya :
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang air dan masukkan kiub ayan dan juga kentang. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan garam dan masak hingga kentang empuk dan ayam masak.
Rasa garam dan jika kurang tambah secukup rasa. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang .......Simplekan......
Label:
ayam